Mari Sama- Sama Kita Join

Komisyen 100%

Mari Jana Pendapatan Dari Hyprobulk

Komisyen 100%

17.3.10

Perihal Mengenai Ibnu Sayyad( Dalam Versi Ke-3)

Terdapat lagi beberapa hadis lain yang menyebut tentang Ibnu Sayyad ini. Pada satu ketika, Rasulullah s.a.w telah bangun di kalangan orang ramai, dan telah menyebut tentang kebesaran Allah s.w.t dengan selayaknya, dan menyebutkan tentang perihal Dajjal Al- Masih dengan sabdanya: " Daku memberi amaran kepada kamu tentangnya yakni Dajjal dan tiada satu nabi pun yang tidak memberi amaran kepada umatnya tentang Dajjal. Nabi Nuh telah memberi amaran kepada kaumnya tentangnya, tetapi daku memberitahu kamu satu kenyataan yang tiada seorang Nabi pun yang tidak mengingatkan kaumnya. Kamu haruslah ketahui bahawa ia adalah bermata satu dan Allah tidak bermata satu." Asal hadis ini telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari, di atas autoriti Salim.( Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Jilid 3, Musnad Ahmad 57, 1353-1355 dan Muslim, 2930-2931).



Muslim juga telah meriwayatkan Hadis Ubaidullah Ibnu Umar Al Amiri di atas autoriti Nafi', di atas autoriti Ibnu Umar bahawa Rasulullah menyebutkan Dajjal di hadapan orang ramai bersabda: " Allah s.w.t tidak bermata satu, tetapi Dajjal Al- Masih buta sebelah kanan matanya dan matanya kelihatan seperti buah anggur yang terkeluar." ( Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim, ms. 2247-2248 dan Al Bukhari, Musnad Ahmad, 3439-7123).








Imam Muslim meriwayatkan sebahagian daripada hadis Syukbah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Tiada seorang nabi pun yang tidak memberi peringatan kepada umatnya daripada si pendusta bermata satu iaitu Dajjal Al- Masih. Ia adalah bermata satu manakala Tuhanmu tidak bermata satu. Perkataan " Kafir" (Kaf,fa,ra) tertulis di antara kedua matanya". (Diriwayatkan juga di dalam Al-Bukhari (7131) dan Muslim(2933) menurut dari autoriti Syukbah,tetapi perkataanya adalah oleh Muslim. Sanad Hadis ini adalah sahih).


Itu adalah perihal Dajjal menurut hadis-hadis yang dapat menceritakan tentang perihal Dajjal. Apa yang diperolehi menunjukkan bahawa gambaran jelas tentang keadaan fizikal Dajjal bahawa Dajjal adalah bermata satu dan di dahinya tertulis perkataan " Kafir". Banyak hadis yang diterangkan perihal Dajjal ini yang membuktikan bahawa Dajjal ini merbahaya dan apa yang dibawanya adalah penipuan semata-mata, atau lebih dekat lagi iaitu fitnah semata-mata. Rasulullah bersabda: " Daku mengetahui lebih baik daripada Dajjal sendiri apa ia akan bawa. Ia akan membawa dua sungai yang mengalir iaitu salah satu akan kelihatan oleh mata sebagai sungai yang putih dan yang lain akan kelihatan mata sebagai api yang menyala. Jika salah seorang daripada kamu menemuinya, ia harus menghampiri yang akan kelihatan seperti api, tutupkan matanya kemudian membongkok dan minum airnya kerana ia adalah air sejuk.".

Ad Dajjal cacat matanya, dengan kening yang tebal di atas matanya. Ia akan mempunyai perkataan " Kafir" di dahinya yang dapat dibaca oleh semua orang Mukminin, samaada yang boleh membaca atau mereka yang juga buta huruf. Mata kirinya buta dan dengan rambut yang kerinting. Dajjal akan membawa kepada manusia apa yang dilihat syurga dan juga neraka. Neraka yang dibawanya sebenarnya adalah syurga manakala syurga yang dibawanya adalah neraka. Inilah fitnah terbesar Dajjal dalam menyesatkan manusia, takkala ketika itu, manusia hanya menunjukkan Iman yang cetek, nipis, seperti nipisnya kulit bawang.

Cerita mengenai Ibnu Sayyad pula, beliau adalah insan yang malang. Ini kerana beliau sungguh menderita di waktu dahulu kerana ramai orang mendakwa bahawa beliau adalah Dajjal. Apa yang cuba saya fahami adalah bahawa Ibnu Sayyad bukannya Dajjal yang dicari-cari di zaman Rasulullah. Ini adalah mengikut salah silahnya dan juga kriteria yang ada pada beliau. Cuma fizikalnya sahaja yang dianggap sama dengan apa yang ada pada Dajjal. Dajjal tidak mempunyai anak sedangkan Ibnu Sayyad mempunyai anak, dilahirkan di Madinah sedangkan Dajjal dilarang sama sekali dekat di Kota Madinah dan Makkah. Rasulullah juga ada menerangkan bahawa Dajjal itu adalah seorang Yahudi manakala Ibnu Sayyad merupakan orang Islam. Beliau bersumpah bahawa dirinya bukan Dajjal, tetapi beliau mampu untuk menerangkan bahawa di mana Dajjal berada dan siapakah kedua ibu bapanya.

Jelas membuktikan bahawa Ibnu Sayyad adalah bukan Nabi Palsu yang akan muncul di akhir zaman nanti. Ini telah disahkan oleh Hadis yang dilaporkan Fatimah Binti Qais Al Fihriyyah. Ia adalah bukti dalam konteks ini. Wallahu a'lam.

Ini adalah salah seorang insan yang dinyatakan dalam hadis bahawa beliau adalah hampir sama dengan Dajjal, iaitu Ibnu Sayyad. Namun beliau telah ditakdirkan bukan itu penamat hidupnya. Maka apa yang pasti, Dajjal itu tetap wujud dan sedang dipuja dan dihormati golongan-golongan yang dianggap elit di mata dunia, sedangkan mereka hanya membawa kehancuran kepada dunia ini sahaja. Itulah mereka, Yahudi dan didalangi Illuminati dan juga Freemasons. Mereka amat berbangga dengan apa yang dipuja mereka itu, dan apa sahaja jalan yang diambil dan langkah yang dibuat, semuanya adalah untuk menunggu kehadiran Dajjal Al-Masih, yang mereka anggap penyelamat mereka di akhir zaman nanti. Moga kita terselamat dari fitnah Dajjal ini.

Sekali lagi pada kali ini, saya paparkan video berkenaan perihal Dajjal ini. Harap anda dapat menonton, memahami dengan jelas apa yang ada dan intipati video ini. Insyallah kita bertemu lagi, andai ada ruang dan masa untuk saya kongsi bersama anda...Assalamualaikum.





16.3.10

Perihal Mengenai Ibnu Sayyad

Terdapat beberapa hadis-hadis yang disampaikan tentang beberapa Dajjal dan kenyataan mengenai Ibnu Sayyad ini. Hadis-hadis yang diperolehi adalah menerangkan perihal Ibnu Sayyad. Siapakah Ibnu Sayyad ini? Saya akan berkongsi dengan saudara.Insyallah.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Abdullah Ibnu Umar melaporkan bahawa Umar Ibnu Khattab r.a dan sekumpulan sahabat Rasulullah telah menemani Baginda untuk bertemu Ibnu Sayyad. Baginda mendapatinya(Ibnu Sayyad) sedang bermain-main dengan beberapa orang budak-budak yang berdekatan dengan kawasan bukit Maghala. Ibnu Sayyad pada waktu itu hampir mencapai umur remaja. Ia sebenarnya tidak menyedari akan kehadiran Baginda hingga Baginda menepuk di belakang badannya dan bersabda: " Ibnu Sayyad! Adakah kamu bersaksi bahawa daku ini Rasul Allah s.w.t? Ibnu Sayyad melihatnya dan berkata, " Daku bersaksi bahawa tuan adalah Rasul yang ummi."

Ibnu Sayyad bertanya kepada Baginda, "Adakah kamu bersaksi bahawa daku adalah rasul Allah s.w.t?" Baginda bersabda kepadanya, " Daku beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya." Nabi bersabda lagi: " Apakah yang kamu lihat?". Ibnu Sayyad menjawab: " Orang yang benar dan palsu menziarahiku". Rasulullah bersabda: " Fikiran kamu keliru tentang perkara ini. Daku mempunyai sesuatu ( di dalam fikiranku) untuk kamu."

Ibnu Sayyad menjawab: " Ia adalah Ad Dukh". Lantas Rasulullah bersabda: " Amat memalukan ke atas kamu!. Kamu sebenarnya tidak boleh melepasi had kamu." Dengan itu, maka Umar Al Khattab berkata, " Wahai Rasulullah! Izinkan aku memenggal kepalanya!". Baginda bersabda," Jika ia benar( Dajjal), maka kamu tidak boleh mengalahkannya( kerana yang akan membunuhnya adalah Isa a.s). Dan jika ia bukan Dajjal maka kamu tidak mendapat manfaat dengan membunuhnya ( kerana pada masa itu Rasulullah s.a.w sedang membuat perjanjian damai dengan pihak Yahudi dan ini akan menimbulkan fitnah).

Di sebabkan perkara itu maka Baginda menyekat akan permintaan Umar untuk memenggal kepala Ibnu Sayyad kerana bimbangkan perkara ini boleh menimbulkan masalah dalam perjanjian damai dengan pihak Yahudi nanti. Itulah sifat Rasulullah, sentiasa mengambil langkah dan berfikir jauh dalam membuat satu keputusan dan juga dalam membuat apa jua tindakan.

Di dalam satu keterangan lain lagi, ada lagi yang menceritakan tentang perihal Ibnu Sayyad ini. Salim berkata: " Daku mendengar Abdullah bin Umar Al Khattab r.a berkata: " Rasulullah telah pergi bersama Ubai Bin Kaab ke sebuah taman pokok kurma di mana Ibnu Sayyad tinggal. Apabila Baginda memasuki taman itu, baginda menyembunyikan dirinya di belakang batang-batang pokok kurma itu kerana baginda mahu mendengar sesuatu dari Ibnu Sayyad sebelum ia dapat melihat baginda. Ibnu Sayyad sedang berbaring di atas katilnya, diselimuti oleh kain baldu di mana bebelan di dengari.

Pada masa itu, ibu Ibnu Sayyad terlihat Baginda bersembunyi di sebalik pokok-pokok kurma itu. Kemudian dia berkata kepada Ibnu Sayyad, " wahai Saf( ini adalah namanya)!" maka Ibnu Sayyad pun lantas bangun. Rasulullah bersabda, " Jika sekiranya perempuan itu membiarkan dirinya sendirian, maka ia tentu akan menunjukkan dirinya yang sebenar."

Menurut keterangan hadis-hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa dahulunya di zaman Rasulullah sudah ada manusia yang di sangkakan Dajjal. Dajjal jika di perhatikan, banyak andaian dan juga persepsi dari semua lapisan masyarakat pada hari ini. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal itu adalah sebuah tamadun, Dajjal itu merujuk kepada negara dan pelbagai lagi andaian lain yang saya dan juga saudara sendiri mungkin mendengar perkara-perkara ini. Tetapi hakikatnya, yang sebenarnya Dajjal itu adalah merujuk kepada satu insan, iaitu manusia. Maka Dajjal itu juga adalah manusia. Semuanya telah saya kongsikan dengan saudara sekalian. Harap anda tidak keliru dengan apa yang didengari dan difahami. Ketahuilah bahawa Dajjal itu hanyalah manusia, dan ini dibuktikan dalam hadis-hadis sahih di atas, di mana merujuk kepada Rasulullah pergi bersembunyi di sebalik pohon untuk mengenal lebih dekat lagi akan Ibnu Sayyad ini. Maka tidak syak lagi Dajjal itu merujuk kepada manusia, kerana Rasulullah mengandaikan bahawa Ibnu Sayyad itu adalah Dajjal.

Insyallah saya akan berkongsi lagi dengan saudara, andai saya mempunyai kelapangan lagi, saya akan bercerita lagi tentang beberapa hadis lain lagi yang akan dikupas bagi memberi gambaran kepada anda tentang Ibnu Sayyad ini.

Saya ingin berkongsi sekali lagi satu video tentang The Arrivals, yang telah saya kongsi dengan anda sebelum ini. The Arrivals kali ini saya ambil siri yang ke-4. Ini adalah sequal atau gambaran lebih jelas dari video yang sebelum ini yang telah saya letakkan di blog saya ini. Harap anda dapat memahami dan mendalami apa yang disampaikan oleh saudara kita yang membuat siri The Arrivals ini. Kupasannya cukup baik di samping gambar-gambar dan juga video terbaik bagi membolehkan proses pemahaman kita berjalan dengan lebih baik. Insyallah.


Pengenalan tentang Pendusta Sebagai Pemimpin Penipu

Beberapa pengenalan ingin saya sampaikan lagi berkenaan pendusta ini, iaitu hal berkenaan Dajjal. Di dalam kitab Sahih Bukhari, telah disahkan di atas autoriti Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah bersabda: " Hari Kiamat tidak akan berlaku hingga muncul sebanyak 30 orang Dajjal ( Pendusta Agama), semuanya akan mendakwa sebagai pesuruh Allah."

Ia diriwayatkan dalam ver Sahih Muslim di atas autoriti Abu Hurairah.( Hadis Sahih: diriwayatkan oleh Bukhari, jilid 9, Musnad Ahmad 36, Hadis 7121 dan Muslim Jilid 4, Musnad Ahmad 2239).

Di dalam satu hadis lagi, seorang imam, yang bernama Imam Ahmad Rahmatullahu Alaihi pula, menyatakan Abi Bakri r.a berkata: " Mereka banyak mempekatakan tentang Musailamah, sebelum Rasulullah menyampaikan satu ucapan yang tegas, iaitu Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: " Ia adalah salah seorang dari 30 Dajjal( yakni Pendusta) yang akan muncul sebelum Hari Kiamat. Kekejaman yang dilakukan oleh Dajjal Al Masih akan memasuki setiap bandar". ( Hadis Dhaif).

Imam Ahmad meriwayatkan dalam satu lagi hadis yang lain iaitu Abi Bakrah berkata: " Ia adalah salah seorang dari 30 Pendusta yang akan muncu sebelum Dajjal, kekejaman yang disebabkan oleh Dajjal akan memasuki setiap bandar melainkan Madinah, di mana terdapat dua malaikat pada setiap gunung pintu masuk, supaya kekejaman Dajjal Al Masih tidak akan dapat memasukinya."

Pengenalan dan beberapa hadis di atas menerangkan tentang kemunculan Dajjal, yang menerangkan sebelum kemunculannya yang pasti terjadi, akan ada dahulu 30 orang pendusta yang akan turut serta dalam menjadi pendusta Agama selain Dajjal. Ini diterangkan dalam hadis yang telah dinyatakan di atas.

Memang dewasa ini jika kita perhatikan, di negara kita sendiri, boleh dikatakan sudah muncul golongan-golongan seperti yang telah dinyatakan Rasulullah. Munculnya gerakan tidak kira berpasukan atau individu yang cuba untuk merosakkan minda kita dengan pendedahan-pendedahan yang sempit yang cuba menjauhkan kita lagi dengan Allah s.w.t. Maka, marilah kita sama-sama berdoa agar dijauhkan dari mereka-mereka ini. Semoga Allah merahmati kita sekalian umat.Amin..

15.3.10

Ad Dajjal: Si Pendusta

Salam pertemuan. Saya harap anda semua yang berada di mana sahaja sihat sejahtera. Harapan saya agar anda semua sihat, bagi yang sudah berkeluarga, moga anda semua sihat di samping keluarga anda yang tersayang. Kali ini, izinkan saya untuk turut sama berkongsi sesuatu yang berguna untuk tatapan kita semua. Saya ingin berkongsi dengan anda kisah yang saya baca dan ingin kongsi bersama anda, iaitu berkenaan Ad Dajjal, Dajjal Al-Masih. Seperti yang kita ketahui, banyak sudah yang boleh kita perolehi di dalam internet ini sumber-sumber yang menceritakan berkenaan Dajjal ini. Di sini saya ingin turut sama berkongsi dengan saudara sekalian. Bagi yang sudah mengetahui siri The Arrivals, Alhamdulilah, moga anda mendapat manfaat yang berguna dan mengambil iktibar daripada siri berkenaan. Bagi yang belum menyaksikan lagi siri tersebut, eloklah kiranya anda melihatnya. The Arrivals mempunyai 52 siri(kalau tidak silap percaturan saya) yang menceritakan komplot Yahudi yang didalangi Iluminati dan juga Freemasons dalam menjahanamkan manusia yang beragama bertuhankan satu. Untuk itu, anda boleh lihat video di bawah, iaitu pengenalan The Arrivals berkenaan Dajjal Al-Masih.

Video di atas adalah pengenalan untuk anda tentang perihal Dajjal. Bagi anda yang telah menyaksikan, terima kasih kerana anda telah menontonnya. Sekurang-kurangnya kita menghargai jasa mereka yang menerbitkan video The Arrivals ini, dan yang penting sekali, anda dapat gambaran jelas mengenai konspirasi dunia sejak akhir-akhir ini.

Imam Muslim telah meriwayatkan di atas autoriti Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Hari Kiamat tidak akan berlaku hingga kaum Rom( Barat) bertapak di Al- A'maq atau Dabiq. Satu tentera yang mengandungi tentera yang terbaik yang terdapat di muka bumi pada masa itu akan datang dari Madinah(untuk menentang mereka). Apabila mereka menyusun barisan, kaum Rom akan berkata: " Janganlah berdiri di antara kami dan mereka (kaum Muslimin) yang mengambil tahanan dari kalangan kami. Mari kita memerangi mereka."

Pada waktu itu, kaum Muslimin pula akan berkata: " Tidak, demi Allah s.w.t, kami sekali-kali tidak akan ke tepi dari kamu atau dari saudara-saudara kami supaya kamu dapat untuk memerangi mereka. Mereka kemudian akan berperang dan pihak yang ketiga tentera, yang Allah s.w.t tidak akan mengampuni mereka sekalipun, akan melarikan diri. Seperti (sebahagian daripada tentera itu) yang terdiri daripada Syuhada' yang cemerlang di mata Allah, akan terbunuh. Sepertiga yang tidak akan sekali-kali dihukum akan menang dan mereka akan menjadi penakluk Istanbul.

Semasa mereka sibuk membahagikan harta ghanimah perang( di kalangan mereka) selepas menggangtungkan pedang-pedang mereka di pohon-pohon Zaitun, Syaitan akan menjerit: " Dajjal telah datang menguasai ke atas ahli keluarga kamu. Mereka akan keluar tetapi sudah tidak berguna kerana apabila mereka sampai ke Syria, ia akan keluar semasa mereka sedang bersedia untuk berperang, beratur di dalam barisan. Pastilah, waktu solat akan masuk dan kemudian, Nabi Isa a.s akan turun dan bergerak menuju kepada mereka.

Apabila tentera Allah melihat Isa a.s ia akan lenyap sebagaimana garam yang larut dalam air dan jika Nabi Isa tidak akan menghadapinya sama sekali pun, namun ianya akan tetap juga binasa sepenuhnya.

Dalam keadaan ini, maka Allah s.w.t akan membunuhnya di tangan Isa dan Isa akan menunjukkan kaum Muslimin darahnya di pedangnya." (Hadis sahih yang dilaporkan oleh Imam Muslim ( 2897) dan yang lain-lain dengan rantaian sanad di atas autoriti Abu Hurairah r.a. Imam An Nawawi berkata di dalam "Penghuraian Muslim" 18/21: A'maq Dabiq adalah sebuah tempat yang terletak di kawasan Syria berdekatan dengan Aleppo).

Ini adalah pengenalan ringkas berkenaan Ad-Dajjal. Insyallah saya akan cuba berkongsi lagi bersama anda selagi saya mampu.Insyallah.

13.3.10

Syaitan Gagal Mencari Seorang Pemuda Beriman

Dalam sebuah hikayat diterangkan bahawa sesungguhnya Zun-Nun masuk ke dalam Masjidil Haram, dalam pada itu dia terpandang seorang pemuda yang bogel dan sedang meraung sakit di bawah sebuah tiang, dia menangis sangat kuat dan bersedih. Melihat hal itu maka Zun-Nun pun berkata: " Wahai anak muda siapakah kamu." Maka berkata orang muda itu: " Aku adalah pengembara yang sedang rindu."

Kemudian orang muda itu menangis lagi, oleh kerana dia menangis maka Zun-Nun pun turut menangis, maka berkata orang muda itu: " Mengapa kamu menangis?" lalu Zun-Nun berkata: " Aku juga adalah sepertimu."

Setelah itu orang muda itu pun menangis dengan sekuat hati sehingga sampai ajalnya, maka Zun-Nun pun membuka pakaiannya lalu menutupnya dan dia keluar untuk membeli kain kafan untuk orang muda tersebut.

Setelah Zun-Nun kembali maka dia terperanjat apabila mendapati pemuda itu tidak ada lagi di situ dan dia berkata: " Subhanallah".

Kemudian Zun-Nun mendengar suara berkata: " Wahai Zun-Nun, sesungguhnya pengembara itu adalah orang yang dicari-cari Syaitan tetapi syaitan gagal bertemu dengannya. Dia juga dicari malaikat Malik tetapi malaikat Malik juga gagal bertemu dengannya. Dia juga turut dicari malaikat Ridhwan dari syurga tetapi malaikat Ridhwan juga gagal bertemu dengannya."

Lalu Zun-Nun berkata: " Jadi di manakah dia." Maka berkata suara itu: " Dia berada di tempat yang disenangi Tuhan yang maha berkuasa. Perhatikan Al-Quran dalam surah Al-Qamar ayat 55, bermaksud: "Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya." Itulah keperibadian pemuda tersebut. Disebabkan cintanya, serta banyak ketaatannya dan cepat dalam taubatnya.".Maka beliau di tempatkan di sisi TuhanNya.

Pemuda tersebut seorang yang apabila membuat dosa, maka dipercepatkan taubatnya, menangis memohon keampunan Allah s.w.t. Maka Allah membalasnya dengan memberi darjat yang tinggi kepada beliau. Maka marilah sama-sama kita merenung kisah ini dan dijadikan iktibar dalam hidup kita. Pemuda yang sebegini tidak dapat dicari oleh Syaitan kerana ketaatannya dan rasa rindunya kepada Allah. Maka syaitan gagal mengesan pemuda yang sebegini..Semoga kita juga memohon ampun dan moga Allah mengampuni segala apa dosa yang kita lakukan. Ini adalah kerana Allah itu maha pengampun dan lagi maha penyanyang. Renung-renungkanlah..

Sifat-sifat Jin Dan Syaitan




Kita akan berkongsi pada kali ini berkenaan perihal sifat-sifat jin dan syaitan. Jin-jin ada yang berbadan pendek, ada yang kerdil kecil tubuh badannya seperti bayi yang baru dilahirkan. Ada pula jin yang tinggi-tinggi melampau tinggi sehingga menyamai pohon kelapa, ada yang berkulit merah seperti api, ada yang hitam legam seperti arang dan ada yang bewarna putih.


Jin-jin pula ada yang bersayap seperti burung yang terbang di udara, ada yang merayap di bumi dan ada yang merupakan seperti manusia. Jin boleh menjelma dengan rupa seperti ular, singa, harimau, lembu, anjing, keldai, kala jengkit, ulat, lipan dan sebagainya. Jin berkuasa mengubah bentuk dan rupa diri mereka dengan rupa dan bentuk yang ia mahu. Selain dari meresap masuk ke dalam tubuh badan manusia seperti perjalanan angin dalam darah yang mengalir di urat saraf, dia tidak boleh dibunuh melainkan apabila ia telah menjelmakan dirinya seperti binatang atau manusia.


Kadang-kadang syaitan pun merasa letih menjalankan tugas, apatah lagi jika usaha-usahanya tidak berjaya, ditentang dan dicabar, sesetengah syaitan tidur di waktu siang manakala yang lain meneruskan kewajipan.


Maka Bangunlah yang tidur itu di waktu petang sedang matahari terbenam dan senja mula muncul. bangun dalam kelaparan terpaksa mencari makan kerana Rasulullah berpesan, apabila malam menjelang tegahlah anak-anak kamu merayau di luar rumah kerana di ketika itu syaitan-syaitan sedang keluar berkeliaran. Maka berjagalah diri dan anak-anak kamu, menjaga makan dan minuman sehingga menjelang waktu Isyak.


Tatkala hendak tidur tutuplah pintu rumah dan kunci rapat sambil menyebut nama Allah. Lampu-lampu juga harus dipadamkan sebagai keselamatan sambil menyebut nama Allah. Tutuplah juga tempayan-tempayan air sambil menyebut nama Allah. Tudung segala mangkuk dan sebut nama Allah. Menyebut nama Allah itu, ialah apa jua ayat Al-Quran terutama ayat al-kursi, untuk memperkuatkan diri dari kejahatan syaitan dan menolak gangguan..

Raja Iblis Bernama Azazil

Iblis bapa penderhaka, namanya Azazil dan anak cucunya disebut dengan Iblis. Dia dari kuntum-kuntum jin diciptakan kejadiannya dari api. Tugasnya adalah menggoda manusia, menyesat dan melalaikan. Dia menyerang manusia dari segenap penjuru, depan, belakang, kiri dan kanan supaya manusia tidak bersyukur kepada Allah s.w.t dan mengingkari hukum-hukum Allah, mengerjakan maksiat, membuat dosa dan menundukkan kepada hawa nafsu yang buruk yang selalu membisikkan dalam hati orang yang lemah untuk memesongkan orang-orang yang beriman mempercayai terhadap keesaan Allah s.w.t.
Umur anak cucunya sangat panjang, sesuai dengan permohonan di masa ia membantah dan mengingkari perintah Allah supaya sujud kepada Nabi Adam. Maka Allah telah memperkenankan permohonannya. Tujuan Iblis dengan permohonan itu supaya merancang jangka panjang untuk memperdayakan semua manusia, kerana itu Iblis dan syaitan tidak akan mati melainkan masa tiupan sangkakala yang pertama, menandakan hari Qiamat...

12.3.10

Bermegah-Megah Dengan Masjid




Dari Anas Bin Malik r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidak berlaku hari kiamat sehingga umat-umatku bermegah-megah (dengan binaan) Masjid,"



H.R. ABU DAUD


Menurut hadis di atas, di antara hampirnya hari Qiamat ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan Masjid yang mereka bina. Negara yang mempunyai masjid yang indah-indah dan cantik akan berbangga dan merasa megah dengan bangunan Masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjemaah. Banyak masjid yang indah, besar dan cantik tetapi yang datang sembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.


Iblis Berada Di Hadapan Manusia

Abu Bakar r.a berkata: " Sesungguhnya Iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitarmu. Sedangkan Allah s.w.t di atasmu. Sementara Iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya daripada akhirat dan anggota tubuhmu mengajak untuk melakukan dosa. Dan Tuhanmu mengajak engkau masuk syurga serta mendapat keampunanNya, sebagaimana firman Nya yang bermaksud : Dan Allah s.w.t mengajak ke syurga serta menuju keampunanNya."


Siapa yang memenuhi ajakan Iblis, maka hilang agama dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya, siapa yang memenuhi ajakan nafsunya maka hilanglah akal darinya. Siapa pula yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya maka hilang syurga darinya.

Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan.

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran Iblis. Maka dengan itu manusia hendaklah sentiasa berwaspada, kerana Iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

10.3.10

Ketiadaan Imam Untuk Sembahyang Berjemaah



Rencana semasa kali ini saya ingin menyentuh lagi berkenaan tanda-tanda akhir zaman. Sama-samalah kita renungkan. Saya ingin berkongsi untuk diri saya sendiri dan juga dengan anda semua.. Moga kita mendapat petunjuk dari Allah s.w.t.Amin.



Daripada Salamah Binti al-Hurr r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: " Lagi akan datang pada suatu zaman nanti ramai yang akan berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi Imam,"



H.R IBNU MAJAH











Daripada keterangan hadis di atas, walaupun secara pastinya pada hari ini kita belum lagi sampai ke peringkat apa yang telah disabdakan oleh Baginda tadi namun masyarakat kita sekarang ini sudah menunjukkan hala ke arah ini. Banyak jika diperhatikan di kampung-kampung yang tidak mempunyai Tok Imam yang benar-benar mampu melaksanakan peranan Imam yang sebenar. Kelihatannya masyarakat kita kurang dalam perhatian kepada ilmu-ilmu syariat. Mereka yang berilmu pula yang tidak menghadiri sembahyang berjemaah maka tinggallah orang-orang yang jahil.

Maka apabila perkara ini berpanjangan pasti pada suatu hari nanti akan sampai juga ke peringkat masyarakat dan keadaan yang telah dinyatakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.
Renung-renungkanlah....

7.3.10

Peperangan Demi Peperangan


















Jika diperhatikan sekarang, dari dahulu hingga sekarang perang telah dijadikan platform untuk sesuatu negara itu menunjukkan kekuatan negara mereka. Hingga ke hari ini, boleh dikatakan hari demi hari kita mendengar peperangan berlaku, boleh dikatakan di mana-mana sahaja berlaku peperangan, samaada peperangan dalam skop yang kecil dan juga besar. Ini juga adalah di antara tanda-tanda akan berlakunya kiamat. Seperti keterangan hadis iaitu:



Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah bersabda: " Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbulnya fitnah(ujian kepada keimanan) dan banyaknya berlaku "Al-Harj". Sahabat bertanya, " Apakah Al-Hajr itu Rasulullah?" Baginda menjawab: " Peperangan demi peperangan".


H.R IBNU MAJAH



Memang tidak dapat dinafikan lagi, dalam kehidupan realiti hari ini membuktikan tentang kebenaran sabda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Harta benda telah melimpah ruah. Banyak alatan-alatan moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambahnya alatan dan keperluan hidup. Maka oleh itu ramai orang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam membuat dan memperdagangkan alat-alat tersebut. Semakin maju teknologi, maka semakin terseksalah manusia kerana alat-alat moden dan canggih itu.





AK 47- Taktikal



Kereta Kebal Moden T-90S





Jet Pejuang Moden F22

Sebenarnya, teknologi tidaklah bercanggah dengan Islam, tetapi ia mestilah tunduk di bawah etika kemanusiaan yang didukung oleh Islam itu sendiri. Sedangkan teknologi yang ditaja oleh Barat hari ini adalah berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk serta hawa nafsu yang ganas dan rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri. Nampak gayanya, begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia ini, sehinggalah sampai ke titik akhirnya, iaitu hari Kiamat.






















































































Golongan Ruwaibidhah

Sedarkah kita wahai manusia? bahawa banyak tanda-tanda yang menunjukkan bahawa dunia ini sudah sampai ke penghujungnya? Terdapat pelbagai tanda-tanda akhir zaman yang telah saya kongsikan bersama-sama anda sebelum ini. Kali ini, saya akan menyentuh berkenaan golongan Ruwaibidhah. Hadis riwayat Ibnu Majah ada menyatakan iaitu:

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah bersabda: " Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus(kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Orang yang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat dan mereka yang diberi peluang untuk bercakap adalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya: "Apakah Ruwaibidhah itu Rasulullah?". Baginda menjawab, "orang-orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai."

H.R IBNU MAJAH


Berdasarkan keterangan hadis di atas, zaman yang disebut berkenaan Ruwaibidhah adalah bermaksud "Ketandusan". Tandus yang dapat diertikan di sini adalah tandus dari segi meterial dan juga tandus dari segi pemikiran manusia itu sendiri. Orang yang bercakap benda yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang bercakap benar tidak diberi peluang untuk bercakap dan meluahkan kebenaran mereka itu. Apa yang diterangkan Rasulullah lagi bahawa di zaman Ruwaibidhah itu yang berpeluang bercakap adalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

Jika kita perhatikan sekarang, banyak perkara-perkara kebenaran tidak dapat diluahkan oleh sesetengah pihak. Mereka yang dibenarkan adalah mereka yang terdiri dalam golongan yang diterangkan dalam hadis di atas. Rasulullah sudahpun berpesan kepada kita bahawa zaman yang diterangkan itu dan zaman itu sudahpun ada di zaman kita ini. Sama-samalah kita merenung wahai saudara-saudaraku sekalian bahawa dunia ini sudah semakin uzur dan akan sampai jugak ke penghujungnya. Apa yang kita harapkan adalah keredhaan Allah. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita dan kita perlulah berdoa, dan bermunajat kepadaNya..Semoga Allah memberi rahmatnya kepada kita semua.
Insyallah.


5.3.10

Mengusir Syaitan



Pada suatu waktu, Muhammad Bin Ahmad, seorang Ustaz dan juga mubaligh,bercerita kepada Muhammad Bin Qasim al-Farsi. Di dalam cerita itu dituturkan bahawa ada seorang pelajar berkeinginan menuntut ilmu agama kepada seorang ilmuwan di Iraq. Dia mempersiapkan bekal sebanyak seribu dinar. Setelah menamatkan pelajaran, dia pun pulang. Ketika beliau memohon izin kepada gurunya, terjadilah dialog: " Berapa biayamu di sini?" tanya ustaz itu. Jawab pelajar itu: " Seribu dinar."

" Baiklah, kepulanganmu akan kuhantar dengan sebuah pesan berharga yang dapat kamu jadikan bekal, yang hal ini menandingi ilmu yang kamu perolehi di meja belajar dan biaya yang telah kamu keluarkan," kata Ustaz. " Baiklah, wahai tuan guru." Kata pelajar itu. Ustaz itu bertanya lagi dari mana pelajar itu datang dan beliau menjawab datangnya adalah dari negeri Khurasan. Ustaz itu bertanya adakah di negerinya itu ada syaitan dan pelajar itu menjawab ya.


" Jika syaitan menggodamu agar kamu tersesat apakah yang akan kamu lakukan untuk menghadangya?" Tanya ustaz. " Sudah tentu syaitan itu akan aku tolak dengan segala kemampuan yang ada dan akan aku cegah syaitan itu dengan sungguh-sungguh." Kata pelajar itu. Ustaz itu berkata: " Manakala syaitan itu berkeras, kamu mencuba menolaknya lagi?" Jawab pelajar itu " Ya, aku akan melakukannya seperti usaha yang telah aku lakukan,"


"Kalau begitu umurmu habis hanya untuk menolak godaan dan rayuan syaitan, tidak memiliki waktu luang untuk beribadah kepada Allah." Ustaz itu menjawab. Ustaz itu melanjutkan lagi dialognya: " Mengertilah kamu, manakala kamu berjalan bersama seekor penggembala kambing dan di dekatnya ada seekor anjing yang garang dan mampu menggigit orang dari belakang serta depan, manakala dirimu menolak dengan cara seperti itu, tentu kamu tidak mempunyai kesempatan untuk menyelamatkan diri."


" Kalau begitu apa yang harus aku lakukan wahai tuan guru?" tanya pelajar itu dan ustaz itu menegaskan: " Panggilah si empunya anjing, agar dia melarang anjing itu menyerangmu dengan kelebihan kekuatannya,"


Kisah yang dituturkan dalam kitab al-Misbah karya Muhammad Bin Qasim al-farsi ini memberikan pengertian kepada umat manusia, bahawa dalam menghadapi godaan dan rayuan syaitan cukup kiranya dengan berserah diri dan berdoa kepada Allah, meningkatkan pengabdian dan peribatan kepada-Nya..



Ilmu Agama Akan Beransur-Ansur Hilang

Daripada Abdullah Bin Amr r.a berkata: " Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, " Bahawasanya Allah tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari dada manusia. Tetapi Allah menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu bertanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan akan menyesatkan orang-orang lain,"

H.R. MUSLIM



Daripada keterangan hadis di atas, sekarang ini jika diperhatikan alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu sudah pergi dan meninggalkan kita. Sampailah saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dengan ulama. Alam akan penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya alim- ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah putus alim ulama, maka akan hilanglah segala sesuatu yang bernilai.







Dato Ishak Baharom, Bekas Mufti Selangor yang terkenal dengan sifatnya

yang baik, merupakan seorang mufti yang alim dan telah pulang ke rahmatullah.

Al- Fatihah...

Di akhir-akhir ini, kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan zaman yang telah dinyatakan oleh Rasulullah tadi, di mana bilangan alim-ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada ahli cerdik pandai dan para cendekiawan lain. Mereka banyak mengutamakan pada aspek pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Inilah realiti masyarakat kita hari ini..Maka, renung-renungkanlah....


4.3.10

Syaitan Kuat Menggoda Di Makkah



Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah, banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak berbumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim bersama nabi Ismail bertungkus-lumus untuk menjayakan pembinaan dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Berkata Nabi Ibrahim kepada Nabi Ismail: " Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia,"

Kemudian Nabi Ismail pun pergi dari bukit ke bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang Malaikat Jibrail a.s memberikan batu yang cantik. Nabi Ismail datang segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim. Beliau merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, dan mencium beberapa kali. Nabi Ibrahim bertanya kepada anaknya: " Dari mana kama mendapat batu ini?". Nabi Ismail menjawab : " Batu ini aku terima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu ( Jibrail)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu diikuti Nabi Ismail. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang hadir ke Baitullah. Sesiapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum Muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak dapat menciumnya cukuplah dengan memberi isyarat lambaian tangan sahaja.





Ada riwayat mengatakan bahawa dahulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih tapi akibat dari ciuman oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah ia menjadi hitam seperti yang didapati sekarang. Wallahu a'lam. Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudara bahawa Hajar Aswad itu tidak mempunyai apa-apa kekuatan, menciumnya adalah sunnah dan di tempat Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang mempunyai kelapangan berdoalah di sana, Insyaallah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan sangat kuat di Tanah Suci Makkah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar Al Khattab apabila beliau mencium Hajar Aswad: " Aku tahu, sesungguhnya engkau adalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan(mencium Hajar Aswad)." Sama-samalah kita renungkan...

Kisah Syaitan Menguji Abdul Qadir Jailani

Syaitan merupakan musuh kita yang amat nyata. Saya cuba untuk berkongsi berkenaan cerita syaitan ini bersama-sama anda di luar sana. Moga-moga kita mendapat petunjuk dan dijauhkan dari segala bentuk tipu dayanya.... Insyaallah..


Syeikh Abdul Kadir Jailani adalah merupakan seorang alim ulamak, ahli sufi yang dikenali dari segi keutamaan akhlak dan kemuliaan ilmunya di kalangan umat Islam. Kerana sifatnya itu, ramai pengikutnya yang berlebihan menceritakan kemuliaanya.


Diceritakan pada suatu hari beliau berjalan seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu, ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang-layang di udara, lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.

Saat itu, diceritakan terdengar ia suara ghaib di angkasa: " Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkanmu makan dan minum semua yang selama ini kuharamkan, dan telah kugugurkan semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu. Sebagai seorang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu, bahawa suara yang menyerupai wahyu itu, cuma suara syaitan yang menggoda imannya. Maka, marahlah dia dan berkata: " Hai Malaun, pergilah engkau dari sini. Sesungguhnya, aku tiada lebih mulia dibandingkan Nabi Muhammad s.a.w di sisi Allah s.w.t. Kepada Rasulullah saja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya akan tetap haram dan kewajipan hamba kepada-Nya tidak pernah digugurkan, termasuk pada diriku," Ujarnya.

3.3.10

Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam

Daripada Tsauban r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; " Hampir tiba satu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang dari sahabat bertanya, " Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?" Rasulullah menjawab, " Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'". Seorang sahabat telah bertanya: " Apakah Wahan itu wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab: " Cinta dunia dan takut pada mati,"
H.R. ABU DAUD
Berdasarkan daripada hadis di atas, memang benar apa yang disabdakan oleh Nabi akan keadaan umat Islam pada hari ini. Walaupun mereka mempunyai bilangan yang ramai tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa yang lain. Mereka telah ditindas, dibunuh dan sebagainya.
Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan juga cuba dari hari ke hari untuk melumpuhkan kekuatannya. Sebenarnya, segala bentuk kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum Muslimin itu sendiri, iaitu penyakit 'wahan' yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu cinta dunia dan takut mati. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. Cinta dunia bermakna tamak, rakus dunia dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta ke jalan Allah s.w.t. Takut mati pula bermaksud leka dengan kehidupan. Kita berdoa agar Allah s.w.t menurunkan nusrahNya kepada kaum Muslimin untuk memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
Insyallah...

Takwa Dan Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman

Daripada Abi Najih'irbadh Bin Ariyah r.a berkata : " Telah menasihati kami oleh Baginda Rasulullah s.a.w akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan airmata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata; Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu Baginda pun bersabda : " Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat ( kepada Pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanyalah seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa Al- Rasyidin Al Mahdiyin ( Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar ) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru( Bid'ah) yang diada-adakan kerana sesungguhnya tiap-tiap perkara Bid'ah itu adalah sesat,"

H.R ABU DAUD DAN TARMIZI
Daripada hadis yang diterangkan di atas, adalah merupakan pesanan yang amat berharga daripada Rasulullah s.a.w. Hendaklah kita bertaqwa kepada Allah dengan mengerjakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Kita juga perlu mentaati pemerintah dan penguasa walaupun mereka yang memerintah itu adalah dari golongan hamba asalkan mereka berpegang dengan Al-Quran, sunah Rasulullah dan sunah-sunah para Khulafa Al-Rasyidin. Selain dari itu, kita perlu berpegang teguh kepada sunah Nabi dan sunah para Khulafa Al-Rasyidin (Abu Bakar, Omar, Ali, Osman) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah iaitu berpegang teguh kepada fahaman dan amalan ahli sunah wal jamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti. Kita juga diingatkan agar menjauhi perkara Bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.

2.3.10

Bicara Tinta Untuk Renungan Kita Bersama



Sudah lebih 1400 tahun kita telah ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan alhamdulilah sampai ke saat ini kita masih lagi dapat merasakan nikmat iman dan juga Islam yang merupakan usaha dan juga kegigihan yang berterusan dalam memikul tugas yang telah diwarisi oleh baginda.


Para sahabat, tabi'en dan alim ulama telahpun silih berganti dalam memikul tugas dan juga tanggungjawab sebagai "pewaris nabi". Mereka ini sentiasa aktif di dalam tugas dan tidak mengenal penat dalam perjuangan. Dengan semangat inilah Islam telah sampai ke negara kita dan hingga ke saat ini umat Islam merupakan 1/5 daripada penduduk dunia.


Walaupun dari semasa ke semasa umat Islam selalu ditimpa malapetaka dab menghadapi bermacam-macam ujian, namun dengan limpah kurnia dan kasih sayang Allah umat Islam masih wujud dan masih lagi mempunyai nilai-nilai agama dalam kehidupan seharian. Al-Quran dan juga Hadis adalah pusaka yang ditinggalkan oleh Rasulullah kepada umatnya.



Di dalam hal ini, termasuklah permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam di akhir zaman, di mana sejak lebih 1400 tahun yang lalu telahpun diterangkan oleh Baginda kepada umatnya agar dapat menjaga diri,dan tetap berada dalam ajaran-ajaran yang murni serta terhindar dari kerosakkan dan juga bahaya kesesatan.


Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dalam kitabnya seperti berikut :



Daripada Abu Zaid, iaitu Amr Bin Akhtab Al-Anshari r.a, katanya,"Rasulullah s.a.w bersembahyang subuh bersama (jemaah) dengan kami, kemudian beliau terus naik ke atas mimbar dan berkhutbah sehingga sampai masuk waktu zohor, kemudian beliau naik turun (dari mimbar) dan bersembahyang zohor (bersama kami). Setelah selesai solat zohor beliau terus naik lagi ke atas mimbar dan menyambung khutbanya sampai masuknya waktu asar, maka beliau turun dari mimbar dan bersembahyang asar (bersama kami). Setelah selesai sembahyang asar beliau naik lagi ke atas mimbar dan melanjutkan khutbahnya sehingga tenggelam matahari. Beliau memberitahu kepada kami apa-apa yang telah terjadi dan apa-apa yang bakal berlaku. Maka sesiapa yang terpandai di antara kami, dialah yang paling banyak menghafalnya."

H.R.MUSLIM

Baginda menerangkan hal-hal yang berkenaan dengan makhluk dari permulaan penciptanNya hingga ke akhir zaman dan perkara-perkara yang berkaitan dengan alam barzakh dan hari Qiamat. Berkata Huzaifah Bin Al-Yaman : " Terkadang aku terlihat sesuatu yang aku lupakan, maka kembali ingatanku kepada khutbah Rasullullah maka aku mengingatinya kembali. Samalah juga salah seorang kamu yang mengenal semula sahabat yang telah lama hilang dari ingatannya apabila ia bertemu semula dengannya".













Kata-Kata Aluan

Assalamualaikum w.b.t.





Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada allah kerana memberi kekuatan kepada saya untuk turut sama bersama-sama insan lain yang berada tidak kira di mana sahaja, yang memahami apa yang saya katakan ini.. Saya berasa amat bersyukur kerana dengan kudrat yang dikurniakan Allah, saya berada di sini.



Tidak ada apa yang menarik, yang ingin dikongsikan bersama-sama anda. Cuma diri ini tergerak, untuk sama-sama berkongsi ilmu, pendapat bagi memantapkan lagi ilmu di dada ini. Saya merupakan insan yang biasa, yang tepat sekali, tidak akan lari dari kelemahan diri sendiri. Di sebabkan itu saya ingin berkongsi bersama-sama mereka yang berada di sana. Saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi melawat ke blog saya yang tidak seberapa ini.



Harapan saya, tidak lain tidak bukan adalah agar anda yang berada di mana-mana sahaja, yang membaca blog ini agar turut sama berkongsi apa sahaja yang anda tahu berkenaan rencana semasa yang terjadi di sekeliling kita ini. Jika ada kesilapan dari saya, kemaafan saja yang mampu saya ucapkan, dan berilah pendapat kepada saya agar dapat saya memperbaiki lagi kelemahan yang saya ada ini.



Akhir kata, selamat membaca apa sahaja isi kandungan blog saya ini.



Sekian, Assalamualaikum..




Promise Land