Mari Sama- Sama Kita Join

Komisyen 100%

Mari Jana Pendapatan Dari Hyprobulk

Komisyen 100%

4.3.10

Kisah Syaitan Menguji Abdul Qadir Jailani

Syaitan merupakan musuh kita yang amat nyata. Saya cuba untuk berkongsi berkenaan cerita syaitan ini bersama-sama anda di luar sana. Moga-moga kita mendapat petunjuk dan dijauhkan dari segala bentuk tipu dayanya.... Insyaallah..


Syeikh Abdul Kadir Jailani adalah merupakan seorang alim ulamak, ahli sufi yang dikenali dari segi keutamaan akhlak dan kemuliaan ilmunya di kalangan umat Islam. Kerana sifatnya itu, ramai pengikutnya yang berlebihan menceritakan kemuliaanya.


Diceritakan pada suatu hari beliau berjalan seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu, ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang-layang di udara, lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.

Saat itu, diceritakan terdengar ia suara ghaib di angkasa: " Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkanmu makan dan minum semua yang selama ini kuharamkan, dan telah kugugurkan semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu. Sebagai seorang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu, bahawa suara yang menyerupai wahyu itu, cuma suara syaitan yang menggoda imannya. Maka, marahlah dia dan berkata: " Hai Malaun, pergilah engkau dari sini. Sesungguhnya, aku tiada lebih mulia dibandingkan Nabi Muhammad s.a.w di sisi Allah s.w.t. Kepada Rasulullah saja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya akan tetap haram dan kewajipan hamba kepada-Nya tidak pernah digugurkan, termasuk pada diriku," Ujarnya.

0 comments:

Post a Comment