Mari Sama- Sama Kita Join

Komisyen 100%

Mari Jana Pendapatan Dari Hyprobulk

Komisyen 100%

17.3.10

Perihal Mengenai Ibnu Sayyad( Dalam Versi Ke-3)

Terdapat lagi beberapa hadis lain yang menyebut tentang Ibnu Sayyad ini. Pada satu ketika, Rasulullah s.a.w telah bangun di kalangan orang ramai, dan telah menyebut tentang kebesaran Allah s.w.t dengan selayaknya, dan menyebutkan tentang perihal Dajjal Al- Masih dengan sabdanya: " Daku memberi amaran kepada kamu tentangnya yakni Dajjal dan tiada satu nabi pun yang tidak memberi amaran kepada umatnya tentang Dajjal. Nabi Nuh telah memberi amaran kepada kaumnya tentangnya, tetapi daku memberitahu kamu satu kenyataan yang tiada seorang Nabi pun yang tidak mengingatkan kaumnya. Kamu haruslah ketahui bahawa ia adalah bermata satu dan Allah tidak bermata satu." Asal hadis ini telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari, di atas autoriti Salim.( Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Jilid 3, Musnad Ahmad 57, 1353-1355 dan Muslim, 2930-2931).



Muslim juga telah meriwayatkan Hadis Ubaidullah Ibnu Umar Al Amiri di atas autoriti Nafi', di atas autoriti Ibnu Umar bahawa Rasulullah menyebutkan Dajjal di hadapan orang ramai bersabda: " Allah s.w.t tidak bermata satu, tetapi Dajjal Al- Masih buta sebelah kanan matanya dan matanya kelihatan seperti buah anggur yang terkeluar." ( Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim, ms. 2247-2248 dan Al Bukhari, Musnad Ahmad, 3439-7123).








Imam Muslim meriwayatkan sebahagian daripada hadis Syukbah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Tiada seorang nabi pun yang tidak memberi peringatan kepada umatnya daripada si pendusta bermata satu iaitu Dajjal Al- Masih. Ia adalah bermata satu manakala Tuhanmu tidak bermata satu. Perkataan " Kafir" (Kaf,fa,ra) tertulis di antara kedua matanya". (Diriwayatkan juga di dalam Al-Bukhari (7131) dan Muslim(2933) menurut dari autoriti Syukbah,tetapi perkataanya adalah oleh Muslim. Sanad Hadis ini adalah sahih).


Itu adalah perihal Dajjal menurut hadis-hadis yang dapat menceritakan tentang perihal Dajjal. Apa yang diperolehi menunjukkan bahawa gambaran jelas tentang keadaan fizikal Dajjal bahawa Dajjal adalah bermata satu dan di dahinya tertulis perkataan " Kafir". Banyak hadis yang diterangkan perihal Dajjal ini yang membuktikan bahawa Dajjal ini merbahaya dan apa yang dibawanya adalah penipuan semata-mata, atau lebih dekat lagi iaitu fitnah semata-mata. Rasulullah bersabda: " Daku mengetahui lebih baik daripada Dajjal sendiri apa ia akan bawa. Ia akan membawa dua sungai yang mengalir iaitu salah satu akan kelihatan oleh mata sebagai sungai yang putih dan yang lain akan kelihatan mata sebagai api yang menyala. Jika salah seorang daripada kamu menemuinya, ia harus menghampiri yang akan kelihatan seperti api, tutupkan matanya kemudian membongkok dan minum airnya kerana ia adalah air sejuk.".

Ad Dajjal cacat matanya, dengan kening yang tebal di atas matanya. Ia akan mempunyai perkataan " Kafir" di dahinya yang dapat dibaca oleh semua orang Mukminin, samaada yang boleh membaca atau mereka yang juga buta huruf. Mata kirinya buta dan dengan rambut yang kerinting. Dajjal akan membawa kepada manusia apa yang dilihat syurga dan juga neraka. Neraka yang dibawanya sebenarnya adalah syurga manakala syurga yang dibawanya adalah neraka. Inilah fitnah terbesar Dajjal dalam menyesatkan manusia, takkala ketika itu, manusia hanya menunjukkan Iman yang cetek, nipis, seperti nipisnya kulit bawang.

Cerita mengenai Ibnu Sayyad pula, beliau adalah insan yang malang. Ini kerana beliau sungguh menderita di waktu dahulu kerana ramai orang mendakwa bahawa beliau adalah Dajjal. Apa yang cuba saya fahami adalah bahawa Ibnu Sayyad bukannya Dajjal yang dicari-cari di zaman Rasulullah. Ini adalah mengikut salah silahnya dan juga kriteria yang ada pada beliau. Cuma fizikalnya sahaja yang dianggap sama dengan apa yang ada pada Dajjal. Dajjal tidak mempunyai anak sedangkan Ibnu Sayyad mempunyai anak, dilahirkan di Madinah sedangkan Dajjal dilarang sama sekali dekat di Kota Madinah dan Makkah. Rasulullah juga ada menerangkan bahawa Dajjal itu adalah seorang Yahudi manakala Ibnu Sayyad merupakan orang Islam. Beliau bersumpah bahawa dirinya bukan Dajjal, tetapi beliau mampu untuk menerangkan bahawa di mana Dajjal berada dan siapakah kedua ibu bapanya.

Jelas membuktikan bahawa Ibnu Sayyad adalah bukan Nabi Palsu yang akan muncul di akhir zaman nanti. Ini telah disahkan oleh Hadis yang dilaporkan Fatimah Binti Qais Al Fihriyyah. Ia adalah bukti dalam konteks ini. Wallahu a'lam.

Ini adalah salah seorang insan yang dinyatakan dalam hadis bahawa beliau adalah hampir sama dengan Dajjal, iaitu Ibnu Sayyad. Namun beliau telah ditakdirkan bukan itu penamat hidupnya. Maka apa yang pasti, Dajjal itu tetap wujud dan sedang dipuja dan dihormati golongan-golongan yang dianggap elit di mata dunia, sedangkan mereka hanya membawa kehancuran kepada dunia ini sahaja. Itulah mereka, Yahudi dan didalangi Illuminati dan juga Freemasons. Mereka amat berbangga dengan apa yang dipuja mereka itu, dan apa sahaja jalan yang diambil dan langkah yang dibuat, semuanya adalah untuk menunggu kehadiran Dajjal Al-Masih, yang mereka anggap penyelamat mereka di akhir zaman nanti. Moga kita terselamat dari fitnah Dajjal ini.

Sekali lagi pada kali ini, saya paparkan video berkenaan perihal Dajjal ini. Harap anda dapat menonton, memahami dengan jelas apa yang ada dan intipati video ini. Insyallah kita bertemu lagi, andai ada ruang dan masa untuk saya kongsi bersama anda...Assalamualaikum.





16.3.10

Perihal Mengenai Ibnu Sayyad

Terdapat beberapa hadis-hadis yang disampaikan tentang beberapa Dajjal dan kenyataan mengenai Ibnu Sayyad ini. Hadis-hadis yang diperolehi adalah menerangkan perihal Ibnu Sayyad. Siapakah Ibnu Sayyad ini? Saya akan berkongsi dengan saudara.Insyallah.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Abdullah Ibnu Umar melaporkan bahawa Umar Ibnu Khattab r.a dan sekumpulan sahabat Rasulullah telah menemani Baginda untuk bertemu Ibnu Sayyad. Baginda mendapatinya(Ibnu Sayyad) sedang bermain-main dengan beberapa orang budak-budak yang berdekatan dengan kawasan bukit Maghala. Ibnu Sayyad pada waktu itu hampir mencapai umur remaja. Ia sebenarnya tidak menyedari akan kehadiran Baginda hingga Baginda menepuk di belakang badannya dan bersabda: " Ibnu Sayyad! Adakah kamu bersaksi bahawa daku ini Rasul Allah s.w.t? Ibnu Sayyad melihatnya dan berkata, " Daku bersaksi bahawa tuan adalah Rasul yang ummi."

Ibnu Sayyad bertanya kepada Baginda, "Adakah kamu bersaksi bahawa daku adalah rasul Allah s.w.t?" Baginda bersabda kepadanya, " Daku beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya." Nabi bersabda lagi: " Apakah yang kamu lihat?". Ibnu Sayyad menjawab: " Orang yang benar dan palsu menziarahiku". Rasulullah bersabda: " Fikiran kamu keliru tentang perkara ini. Daku mempunyai sesuatu ( di dalam fikiranku) untuk kamu."

Ibnu Sayyad menjawab: " Ia adalah Ad Dukh". Lantas Rasulullah bersabda: " Amat memalukan ke atas kamu!. Kamu sebenarnya tidak boleh melepasi had kamu." Dengan itu, maka Umar Al Khattab berkata, " Wahai Rasulullah! Izinkan aku memenggal kepalanya!". Baginda bersabda," Jika ia benar( Dajjal), maka kamu tidak boleh mengalahkannya( kerana yang akan membunuhnya adalah Isa a.s). Dan jika ia bukan Dajjal maka kamu tidak mendapat manfaat dengan membunuhnya ( kerana pada masa itu Rasulullah s.a.w sedang membuat perjanjian damai dengan pihak Yahudi dan ini akan menimbulkan fitnah).

Di sebabkan perkara itu maka Baginda menyekat akan permintaan Umar untuk memenggal kepala Ibnu Sayyad kerana bimbangkan perkara ini boleh menimbulkan masalah dalam perjanjian damai dengan pihak Yahudi nanti. Itulah sifat Rasulullah, sentiasa mengambil langkah dan berfikir jauh dalam membuat satu keputusan dan juga dalam membuat apa jua tindakan.

Di dalam satu keterangan lain lagi, ada lagi yang menceritakan tentang perihal Ibnu Sayyad ini. Salim berkata: " Daku mendengar Abdullah bin Umar Al Khattab r.a berkata: " Rasulullah telah pergi bersama Ubai Bin Kaab ke sebuah taman pokok kurma di mana Ibnu Sayyad tinggal. Apabila Baginda memasuki taman itu, baginda menyembunyikan dirinya di belakang batang-batang pokok kurma itu kerana baginda mahu mendengar sesuatu dari Ibnu Sayyad sebelum ia dapat melihat baginda. Ibnu Sayyad sedang berbaring di atas katilnya, diselimuti oleh kain baldu di mana bebelan di dengari.

Pada masa itu, ibu Ibnu Sayyad terlihat Baginda bersembunyi di sebalik pokok-pokok kurma itu. Kemudian dia berkata kepada Ibnu Sayyad, " wahai Saf( ini adalah namanya)!" maka Ibnu Sayyad pun lantas bangun. Rasulullah bersabda, " Jika sekiranya perempuan itu membiarkan dirinya sendirian, maka ia tentu akan menunjukkan dirinya yang sebenar."

Menurut keterangan hadis-hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa dahulunya di zaman Rasulullah sudah ada manusia yang di sangkakan Dajjal. Dajjal jika di perhatikan, banyak andaian dan juga persepsi dari semua lapisan masyarakat pada hari ini. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal itu adalah sebuah tamadun, Dajjal itu merujuk kepada negara dan pelbagai lagi andaian lain yang saya dan juga saudara sendiri mungkin mendengar perkara-perkara ini. Tetapi hakikatnya, yang sebenarnya Dajjal itu adalah merujuk kepada satu insan, iaitu manusia. Maka Dajjal itu juga adalah manusia. Semuanya telah saya kongsikan dengan saudara sekalian. Harap anda tidak keliru dengan apa yang didengari dan difahami. Ketahuilah bahawa Dajjal itu hanyalah manusia, dan ini dibuktikan dalam hadis-hadis sahih di atas, di mana merujuk kepada Rasulullah pergi bersembunyi di sebalik pohon untuk mengenal lebih dekat lagi akan Ibnu Sayyad ini. Maka tidak syak lagi Dajjal itu merujuk kepada manusia, kerana Rasulullah mengandaikan bahawa Ibnu Sayyad itu adalah Dajjal.

Insyallah saya akan berkongsi lagi dengan saudara, andai saya mempunyai kelapangan lagi, saya akan bercerita lagi tentang beberapa hadis lain lagi yang akan dikupas bagi memberi gambaran kepada anda tentang Ibnu Sayyad ini.

Saya ingin berkongsi sekali lagi satu video tentang The Arrivals, yang telah saya kongsi dengan anda sebelum ini. The Arrivals kali ini saya ambil siri yang ke-4. Ini adalah sequal atau gambaran lebih jelas dari video yang sebelum ini yang telah saya letakkan di blog saya ini. Harap anda dapat memahami dan mendalami apa yang disampaikan oleh saudara kita yang membuat siri The Arrivals ini. Kupasannya cukup baik di samping gambar-gambar dan juga video terbaik bagi membolehkan proses pemahaman kita berjalan dengan lebih baik. Insyallah.