Mari Sama- Sama Kita Join

Komisyen 100%

Mari Jana Pendapatan Dari Hyprobulk

Komisyen 100%

14.4.10

Ad Dajjal: Dari Kisah Tamim Ad Dari




Banyak perihal-perihal tentang asal-usul Dajjal yang direkodkan dalam hadis-hadis. Banyak yang menceritakan tentang asal-usulnya, perihal dirinya dan apa yang bakal dibawanya di akhir zaman nanti. Ianya seperti yang saya ceritakan di posting yang terdahulu. Pernahkan anda mendengar perihal tentang pulau yang dikaji oleh para sarjana barat tentang Pulau yang hilang, yang diberi nama Atlantis? saya rasa anda semua tahu mengenai pulau ini. Apa yang saya tahu mengenai pulau ini, adalah salah satu perkara pokok yang dapat saya justifikasi ialah pulau ini ada kaitan dengan apa yang diceritakan oleh Tamim Ad Dari, salah seorang insan yang beragama Kristian, yang akhirnya memeluk Islam. Beliau adalah manusia yang hidup di zaman Rasulullah dan beliau yang menceritakan perihal DAjjal ini kepada Rasulullah.


Apabila beliau menceritakan perihal Dajjal ini kepada Rasulullah, reaksi Rasulullah hanyalah dengan mengiyakan sahaja apa yang diceritakan Tamim Ad Dari kepada Baginda. Ini adalah kerana apa yg disampaikan beliau adalah benar dan menepati apa yang diceritakan Rasullullah sebelum ini kepada semua umat pada waktu itu.


Tamim telah menceritakan semua perihal mengenai Dajjal ini kepada Rasulullah. Tamim memulakan ceritanya dengan memberitahu beliau telah berlayar di dalam sebuah kapal dengan seramai 30 orang Bani Lakham dan Bani Judham, dan kapal yang dinaiki mereka telah terumbang ambing di lambung oleh ombak selama sebulan. Ombak yang memukul itu telah membawa mereka berdekatan dengan sebuah Pulau pada masa matahari terbenam. Mereka duduk di dalam sebuah sampan yang mereka kayuh dan telah berlabuh di pulau itu. Di pulau yang mereka berhenti berlabuh itu, dengan izin Allah terdapat seekor haiwan yang dikatakan menghuni pulau itu dengan bulu di badannya yang penuh, panjang lagi tebal sehingga Tamim dan mereka-mereka yang menaiki kapal bersamanya tidak dapat mengenali makhluk tersebut dari belakang. Maka berlakulah satu dialog di antara Tamim dan rakan-rakan lain dengan haiwan itu:


" Celaka kamu, siapakah kamu?" Mereka bertanya.


" Daku adalah Al-Jassasah". Haiwan itu berkata.


Mereka bertanya: " Apakah Al- Jassasah?"


Jassasah berkata, " Wahai manusia, pergilah kamu kepada orang ini yang berada di dalam biara oleh kerana ia sangat ingin untuk mengetahui tentang kamu,"


Tamim pun bergegas dengan mereka yang lain untuk pergi ke biara yang dikatakan oleh Jassasah tadi. Mereka mendapati di biara itu terdapat seorang yang berbadan tegap dan sasa dengan kedua tangannya diikat ke lehernya dan belenggu-belenggu besi mencengkam buku lalinya.


Tamim berkata: " Celakalah kamu, siapakah kamu?"


Ia berkata: " Kamu akan mengetahui akan diriku tetapi beritahulah aku siapakah kamu.


Tamim berkata: " Kami adalah penduduk dari Tanah Arab dan kami menaiki kapal yang dipukul ombak selama sebulan dan akhirnya kami di bawa ke sini. Kami menaiki perahu dan berlabuh ke sini dan diberitahu oleh Jassasah bahawa ada seseorang yang ingin bertemu kami di sini."


Ia berkata: " Beritahulah daku, akan pohon-pohon kurma di Baisan."


Mereka berkata(diwakili Tamim): " Apa yang ingin kamu ketahui mengenainya?"


Ia berkata: " Adakah ia berbuah atau tidak."


" Ya!, jawab mereka.


Ia bertanya lagi: " Bagaimana tentang tasik Tabariyyah? adakah terdapat air dalamnya?


Mereka berkata: " Terdapat air yang banyak di dalamnya.


Ia berkata: " Daku berfikir ia akan kering tidak lama lagi. Bagaimana tentang mata air Zughfar? adakah terdapat air di dalamnya dan adakah ia mengairi(tanah) ?"


Mereka berkata: " Ya. memang terdapat banyak air yang banyak di dalamnya dan para penduduk ( Madinah) mengairi tanah dengan bantuannya."


Ia berkata lagi: " Beritahulah daku, akan Rasul yang Ummi, apakah yang telah ia lakukan?"


Mereka berkata: " Beliau telahpun meninggalkan Mekah dan telah tinggal di Yathrib."


Ia berkata: " Adakah orang Arab memeranginya dan bagaimana beliau melayan mereka?"


Mereka memberitahu: " Beliau telah mengalahkan mereka di kawasan sekitarnya dan mereka telah berserah diri kepadanya.


Ia berkata: " Jika begitu perkara yang terjadi, adalah lebih baik mereka semua menunjukkan ketaatan kepadanya. Daku akan memberitahu kamu tentang diriku. Daku adalah Dajjal dan akan dibenarkan untuk lepas tidak lama lagi. Maka daku akan pergi dan berjalan di daratan, dan daku tidak akan meninggalkan sebuah bandar pun di mana daku tidak akan tinggal selama 40 hari melainkan Mekah dan Madinah. Kedua-dua tempat ini adalah kawasan terlarang bagiku dan daku tidak akan memasuki salah satunya kerana satu malaikat dengan sebilah pedang di tangannya akan menghadapiku dan menghadang daku dan terdapat para malaikat untuk menjaga setiap jalan menujunya."


Inilah yang diceritakan kepada Rasulullah oleh Tamim Ad Dari. Rasulullah bersabda: " Daku menyukai cerita Tamim Ad Dari kerana ia menepati kisah yang daku berikan kepada kamu berkenaanya( DAjjal) di Madinah dan Mekah. Awas!, DAjjal berada di lautan Syria( Mediteranean) atau Lautan Yaman( Laut Arab). Tidak, sebaliknya ia berada di timur, ia berada di timur, di timur." Dan selepas itu baginda menunding jarinya ke arah timur.


Di sebabkan itu, perasankah saudara semua berkenaan apa yang dikaji oleh para sarjana barat mengenai pulau yang dikatakan ATLANTIS? inilah yang cuba disampaikan mereka sebenarnya.. Mereka amat berbangga dengan DAjjal Al- Massih, sebab itu mereka mengkaji ATLANTIS ini yang sehinggakan ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa pulau itu sebenarnya tidak wujud. Ini adalah Kuasa Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui setiap isi perkara yang ada di dunia yang fana ini. Namun harus kita ketahui bahawa TAmin Ad Dari telah sampai di sana, namun tidak ada riwayat yang mengatakan pulau yang disinggah itu bernama ATLANTIS...Inilah yang dikaji mereka. NAmun hakikat kebenarannya adalah Rasulullah mengiyakan apa yang disampaikan oleh Tamim kepada Baginda.




Peta yang dikatakan lokasi Pulau Atlantis tersebut
Namun mereka masih belum menjumpai Pulau yang dikatakan seperti yang disebut oleh Tamim Ad Dari. Apa yang pasti, kebenarannya, hanya Allah lebih mengetahui.
Seperti apa yang dikatakan Dajjal di antara dialog beliau dengan Tamim, yang pasti beliau sudah bebas bergerak di dunia ini. Ya Allah...lindungilah kami dari fitnah Dajjal ini Ya Allah.
Semoga apa yang saya kongsikan dengan anda ini memberi maklumat tambahan. Semoga anda semua mendapat iktibar dari apa yang saya kongsikan ini. Insyallah..

12 comments:

qasih nadira said...

semoga kita di jauh kan dari bahaya dajjal ini~amin~

farysa said...

farysa ske bce cerita ceni
skrg tgk cita the arrivals
sgt bes

Promise Land said...

terima kasih saudari berdua kerana tinggalkan komen

ice♥ice said...

nice entry..i also want to know about dajjal conspiracy theory..

belalang hijau said...

belalang juga suka bacaan yg mcm nih...
teruskan entry yg best2 mcm ni d blog kamu...

Mario said...

semoga kita semua berhati-hati..thanks tuk n3 yg baik ni...baru arini dapt baca2...

Fia Abas said...

ade satu buku kat pasaran yg bercerita psl dajal ni dgn lengkap n juga slh phm kita sume ttg dajal yg telah disebarkan..buku tu sgt bagus tp fia lupa plak tajuk dia =P

Cheqna said...

Assalamualaikum..sesuatu yg berguna dan peringatan supaya kita tidak tersasar dari jalan yg satu.

tqvm.

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

MissXYZ said...

sy penah bace cite cam ni... tajuk membongkar misteri dajjal... keluaran hijjaz record... sgt best... dan kita ptt sedar yg yahudi telah lame serapkan unsur dajjal dlm kehidupan kita...

Shiela Latif said...

salam petang saudara PL...saya sangat2 berterima kasih krn saudara sudi menjemput sy kesini untuk membaca N3 yang sangat berguna nie...semoga banyak lagi kesah2 yang menginsafkan begini dapat sy ketahui di masa mendatang...teruskan usaha yg murni ini... :)

Hazzy Ishak said...

saya suka entry ni
harap diteruskan

Post a Comment