Mari Sama- Sama Kita Join

Komisyen 100%

Mari Jana Pendapatan Dari Hyprobulk

Komisyen 100%

2.3.10

Bicara Tinta Untuk Renungan Kita Bersama



Sudah lebih 1400 tahun kita telah ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan alhamdulilah sampai ke saat ini kita masih lagi dapat merasakan nikmat iman dan juga Islam yang merupakan usaha dan juga kegigihan yang berterusan dalam memikul tugas yang telah diwarisi oleh baginda.


Para sahabat, tabi'en dan alim ulama telahpun silih berganti dalam memikul tugas dan juga tanggungjawab sebagai "pewaris nabi". Mereka ini sentiasa aktif di dalam tugas dan tidak mengenal penat dalam perjuangan. Dengan semangat inilah Islam telah sampai ke negara kita dan hingga ke saat ini umat Islam merupakan 1/5 daripada penduduk dunia.


Walaupun dari semasa ke semasa umat Islam selalu ditimpa malapetaka dab menghadapi bermacam-macam ujian, namun dengan limpah kurnia dan kasih sayang Allah umat Islam masih wujud dan masih lagi mempunyai nilai-nilai agama dalam kehidupan seharian. Al-Quran dan juga Hadis adalah pusaka yang ditinggalkan oleh Rasulullah kepada umatnya.



Di dalam hal ini, termasuklah permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam di akhir zaman, di mana sejak lebih 1400 tahun yang lalu telahpun diterangkan oleh Baginda kepada umatnya agar dapat menjaga diri,dan tetap berada dalam ajaran-ajaran yang murni serta terhindar dari kerosakkan dan juga bahaya kesesatan.


Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dalam kitabnya seperti berikut :



Daripada Abu Zaid, iaitu Amr Bin Akhtab Al-Anshari r.a, katanya,"Rasulullah s.a.w bersembahyang subuh bersama (jemaah) dengan kami, kemudian beliau terus naik ke atas mimbar dan berkhutbah sehingga sampai masuk waktu zohor, kemudian beliau naik turun (dari mimbar) dan bersembahyang zohor (bersama kami). Setelah selesai solat zohor beliau terus naik lagi ke atas mimbar dan menyambung khutbanya sampai masuknya waktu asar, maka beliau turun dari mimbar dan bersembahyang asar (bersama kami). Setelah selesai sembahyang asar beliau naik lagi ke atas mimbar dan melanjutkan khutbahnya sehingga tenggelam matahari. Beliau memberitahu kepada kami apa-apa yang telah terjadi dan apa-apa yang bakal berlaku. Maka sesiapa yang terpandai di antara kami, dialah yang paling banyak menghafalnya."

H.R.MUSLIM

Baginda menerangkan hal-hal yang berkenaan dengan makhluk dari permulaan penciptanNya hingga ke akhir zaman dan perkara-perkara yang berkaitan dengan alam barzakh dan hari Qiamat. Berkata Huzaifah Bin Al-Yaman : " Terkadang aku terlihat sesuatu yang aku lupakan, maka kembali ingatanku kepada khutbah Rasullullah maka aku mengingatinya kembali. Samalah juga salah seorang kamu yang mengenal semula sahabat yang telah lama hilang dari ingatannya apabila ia bertemu semula dengannya".













0 comments:

Post a Comment