Mari Sama- Sama Kita Join

Komisyen 100%

Mari Jana Pendapatan Dari Hyprobulk

Komisyen 100%

7.3.10

Golongan Ruwaibidhah

Sedarkah kita wahai manusia? bahawa banyak tanda-tanda yang menunjukkan bahawa dunia ini sudah sampai ke penghujungnya? Terdapat pelbagai tanda-tanda akhir zaman yang telah saya kongsikan bersama-sama anda sebelum ini. Kali ini, saya akan menyentuh berkenaan golongan Ruwaibidhah. Hadis riwayat Ibnu Majah ada menyatakan iaitu:

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah bersabda: " Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus(kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Orang yang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat dan mereka yang diberi peluang untuk bercakap adalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya: "Apakah Ruwaibidhah itu Rasulullah?". Baginda menjawab, "orang-orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai."

H.R IBNU MAJAH


Berdasarkan keterangan hadis di atas, zaman yang disebut berkenaan Ruwaibidhah adalah bermaksud "Ketandusan". Tandus yang dapat diertikan di sini adalah tandus dari segi meterial dan juga tandus dari segi pemikiran manusia itu sendiri. Orang yang bercakap benda yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang bercakap benar tidak diberi peluang untuk bercakap dan meluahkan kebenaran mereka itu. Apa yang diterangkan Rasulullah lagi bahawa di zaman Ruwaibidhah itu yang berpeluang bercakap adalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

Jika kita perhatikan sekarang, banyak perkara-perkara kebenaran tidak dapat diluahkan oleh sesetengah pihak. Mereka yang dibenarkan adalah mereka yang terdiri dalam golongan yang diterangkan dalam hadis di atas. Rasulullah sudahpun berpesan kepada kita bahawa zaman yang diterangkan itu dan zaman itu sudahpun ada di zaman kita ini. Sama-samalah kita merenung wahai saudara-saudaraku sekalian bahawa dunia ini sudah semakin uzur dan akan sampai jugak ke penghujungnya. Apa yang kita harapkan adalah keredhaan Allah. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita dan kita perlulah berdoa, dan bermunajat kepadaNya..Semoga Allah memberi rahmatnya kepada kita semua.
Insyallah.


0 comments:

Post a Comment