Mari Sama- Sama Kita Join

Komisyen 100%

Mari Jana Pendapatan Dari Hyprobulk

Komisyen 100%

13.3.10

Sifat-sifat Jin Dan Syaitan




Kita akan berkongsi pada kali ini berkenaan perihal sifat-sifat jin dan syaitan. Jin-jin ada yang berbadan pendek, ada yang kerdil kecil tubuh badannya seperti bayi yang baru dilahirkan. Ada pula jin yang tinggi-tinggi melampau tinggi sehingga menyamai pohon kelapa, ada yang berkulit merah seperti api, ada yang hitam legam seperti arang dan ada yang bewarna putih.


Jin-jin pula ada yang bersayap seperti burung yang terbang di udara, ada yang merayap di bumi dan ada yang merupakan seperti manusia. Jin boleh menjelma dengan rupa seperti ular, singa, harimau, lembu, anjing, keldai, kala jengkit, ulat, lipan dan sebagainya. Jin berkuasa mengubah bentuk dan rupa diri mereka dengan rupa dan bentuk yang ia mahu. Selain dari meresap masuk ke dalam tubuh badan manusia seperti perjalanan angin dalam darah yang mengalir di urat saraf, dia tidak boleh dibunuh melainkan apabila ia telah menjelmakan dirinya seperti binatang atau manusia.


Kadang-kadang syaitan pun merasa letih menjalankan tugas, apatah lagi jika usaha-usahanya tidak berjaya, ditentang dan dicabar, sesetengah syaitan tidur di waktu siang manakala yang lain meneruskan kewajipan.


Maka Bangunlah yang tidur itu di waktu petang sedang matahari terbenam dan senja mula muncul. bangun dalam kelaparan terpaksa mencari makan kerana Rasulullah berpesan, apabila malam menjelang tegahlah anak-anak kamu merayau di luar rumah kerana di ketika itu syaitan-syaitan sedang keluar berkeliaran. Maka berjagalah diri dan anak-anak kamu, menjaga makan dan minuman sehingga menjelang waktu Isyak.


Tatkala hendak tidur tutuplah pintu rumah dan kunci rapat sambil menyebut nama Allah. Lampu-lampu juga harus dipadamkan sebagai keselamatan sambil menyebut nama Allah. Tutuplah juga tempayan-tempayan air sambil menyebut nama Allah. Tudung segala mangkuk dan sebut nama Allah. Menyebut nama Allah itu, ialah apa jua ayat Al-Quran terutama ayat al-kursi, untuk memperkuatkan diri dari kejahatan syaitan dan menolak gangguan..

0 comments:

Post a Comment