Mari Sama- Sama Kita Join

Komisyen 100%

Mari Jana Pendapatan Dari Hyprobulk

Komisyen 100%

16.3.10

Pengenalan tentang Pendusta Sebagai Pemimpin Penipu

Beberapa pengenalan ingin saya sampaikan lagi berkenaan pendusta ini, iaitu hal berkenaan Dajjal. Di dalam kitab Sahih Bukhari, telah disahkan di atas autoriti Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah bersabda: " Hari Kiamat tidak akan berlaku hingga muncul sebanyak 30 orang Dajjal ( Pendusta Agama), semuanya akan mendakwa sebagai pesuruh Allah."

Ia diriwayatkan dalam ver Sahih Muslim di atas autoriti Abu Hurairah.( Hadis Sahih: diriwayatkan oleh Bukhari, jilid 9, Musnad Ahmad 36, Hadis 7121 dan Muslim Jilid 4, Musnad Ahmad 2239).

Di dalam satu hadis lagi, seorang imam, yang bernama Imam Ahmad Rahmatullahu Alaihi pula, menyatakan Abi Bakri r.a berkata: " Mereka banyak mempekatakan tentang Musailamah, sebelum Rasulullah menyampaikan satu ucapan yang tegas, iaitu Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: " Ia adalah salah seorang dari 30 Dajjal( yakni Pendusta) yang akan muncul sebelum Hari Kiamat. Kekejaman yang dilakukan oleh Dajjal Al Masih akan memasuki setiap bandar". ( Hadis Dhaif).

Imam Ahmad meriwayatkan dalam satu lagi hadis yang lain iaitu Abi Bakrah berkata: " Ia adalah salah seorang dari 30 Pendusta yang akan muncu sebelum Dajjal, kekejaman yang disebabkan oleh Dajjal akan memasuki setiap bandar melainkan Madinah, di mana terdapat dua malaikat pada setiap gunung pintu masuk, supaya kekejaman Dajjal Al Masih tidak akan dapat memasukinya."

Pengenalan dan beberapa hadis di atas menerangkan tentang kemunculan Dajjal, yang menerangkan sebelum kemunculannya yang pasti terjadi, akan ada dahulu 30 orang pendusta yang akan turut serta dalam menjadi pendusta Agama selain Dajjal. Ini diterangkan dalam hadis yang telah dinyatakan di atas.

Memang dewasa ini jika kita perhatikan, di negara kita sendiri, boleh dikatakan sudah muncul golongan-golongan seperti yang telah dinyatakan Rasulullah. Munculnya gerakan tidak kira berpasukan atau individu yang cuba untuk merosakkan minda kita dengan pendedahan-pendedahan yang sempit yang cuba menjauhkan kita lagi dengan Allah s.w.t. Maka, marilah kita sama-sama berdoa agar dijauhkan dari mereka-mereka ini. Semoga Allah merahmati kita sekalian umat.Amin..

0 comments:

Post a Comment