Mari Sama- Sama Kita Join

Komisyen 100%

Mari Jana Pendapatan Dari Hyprobulk

Komisyen 100%

13.3.10

Syaitan Gagal Mencari Seorang Pemuda Beriman

Dalam sebuah hikayat diterangkan bahawa sesungguhnya Zun-Nun masuk ke dalam Masjidil Haram, dalam pada itu dia terpandang seorang pemuda yang bogel dan sedang meraung sakit di bawah sebuah tiang, dia menangis sangat kuat dan bersedih. Melihat hal itu maka Zun-Nun pun berkata: " Wahai anak muda siapakah kamu." Maka berkata orang muda itu: " Aku adalah pengembara yang sedang rindu."

Kemudian orang muda itu menangis lagi, oleh kerana dia menangis maka Zun-Nun pun turut menangis, maka berkata orang muda itu: " Mengapa kamu menangis?" lalu Zun-Nun berkata: " Aku juga adalah sepertimu."

Setelah itu orang muda itu pun menangis dengan sekuat hati sehingga sampai ajalnya, maka Zun-Nun pun membuka pakaiannya lalu menutupnya dan dia keluar untuk membeli kain kafan untuk orang muda tersebut.

Setelah Zun-Nun kembali maka dia terperanjat apabila mendapati pemuda itu tidak ada lagi di situ dan dia berkata: " Subhanallah".

Kemudian Zun-Nun mendengar suara berkata: " Wahai Zun-Nun, sesungguhnya pengembara itu adalah orang yang dicari-cari Syaitan tetapi syaitan gagal bertemu dengannya. Dia juga dicari malaikat Malik tetapi malaikat Malik juga gagal bertemu dengannya. Dia juga turut dicari malaikat Ridhwan dari syurga tetapi malaikat Ridhwan juga gagal bertemu dengannya."

Lalu Zun-Nun berkata: " Jadi di manakah dia." Maka berkata suara itu: " Dia berada di tempat yang disenangi Tuhan yang maha berkuasa. Perhatikan Al-Quran dalam surah Al-Qamar ayat 55, bermaksud: "Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya." Itulah keperibadian pemuda tersebut. Disebabkan cintanya, serta banyak ketaatannya dan cepat dalam taubatnya.".Maka beliau di tempatkan di sisi TuhanNya.

Pemuda tersebut seorang yang apabila membuat dosa, maka dipercepatkan taubatnya, menangis memohon keampunan Allah s.w.t. Maka Allah membalasnya dengan memberi darjat yang tinggi kepada beliau. Maka marilah sama-sama kita merenung kisah ini dan dijadikan iktibar dalam hidup kita. Pemuda yang sebegini tidak dapat dicari oleh Syaitan kerana ketaatannya dan rasa rindunya kepada Allah. Maka syaitan gagal mengesan pemuda yang sebegini..Semoga kita juga memohon ampun dan moga Allah mengampuni segala apa dosa yang kita lakukan. Ini adalah kerana Allah itu maha pengampun dan lagi maha penyanyang. Renung-renungkanlah..

0 comments:

Post a Comment