Mari Sama- Sama Kita Join

Komisyen 100%

Mari Jana Pendapatan Dari Hyprobulk

Komisyen 100%

16.3.10

Perihal Mengenai Ibnu Sayyad

Terdapat beberapa hadis-hadis yang disampaikan tentang beberapa Dajjal dan kenyataan mengenai Ibnu Sayyad ini. Hadis-hadis yang diperolehi adalah menerangkan perihal Ibnu Sayyad. Siapakah Ibnu Sayyad ini? Saya akan berkongsi dengan saudara.Insyallah.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Abdullah Ibnu Umar melaporkan bahawa Umar Ibnu Khattab r.a dan sekumpulan sahabat Rasulullah telah menemani Baginda untuk bertemu Ibnu Sayyad. Baginda mendapatinya(Ibnu Sayyad) sedang bermain-main dengan beberapa orang budak-budak yang berdekatan dengan kawasan bukit Maghala. Ibnu Sayyad pada waktu itu hampir mencapai umur remaja. Ia sebenarnya tidak menyedari akan kehadiran Baginda hingga Baginda menepuk di belakang badannya dan bersabda: " Ibnu Sayyad! Adakah kamu bersaksi bahawa daku ini Rasul Allah s.w.t? Ibnu Sayyad melihatnya dan berkata, " Daku bersaksi bahawa tuan adalah Rasul yang ummi."

Ibnu Sayyad bertanya kepada Baginda, "Adakah kamu bersaksi bahawa daku adalah rasul Allah s.w.t?" Baginda bersabda kepadanya, " Daku beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya." Nabi bersabda lagi: " Apakah yang kamu lihat?". Ibnu Sayyad menjawab: " Orang yang benar dan palsu menziarahiku". Rasulullah bersabda: " Fikiran kamu keliru tentang perkara ini. Daku mempunyai sesuatu ( di dalam fikiranku) untuk kamu."

Ibnu Sayyad menjawab: " Ia adalah Ad Dukh". Lantas Rasulullah bersabda: " Amat memalukan ke atas kamu!. Kamu sebenarnya tidak boleh melepasi had kamu." Dengan itu, maka Umar Al Khattab berkata, " Wahai Rasulullah! Izinkan aku memenggal kepalanya!". Baginda bersabda," Jika ia benar( Dajjal), maka kamu tidak boleh mengalahkannya( kerana yang akan membunuhnya adalah Isa a.s). Dan jika ia bukan Dajjal maka kamu tidak mendapat manfaat dengan membunuhnya ( kerana pada masa itu Rasulullah s.a.w sedang membuat perjanjian damai dengan pihak Yahudi dan ini akan menimbulkan fitnah).

Di sebabkan perkara itu maka Baginda menyekat akan permintaan Umar untuk memenggal kepala Ibnu Sayyad kerana bimbangkan perkara ini boleh menimbulkan masalah dalam perjanjian damai dengan pihak Yahudi nanti. Itulah sifat Rasulullah, sentiasa mengambil langkah dan berfikir jauh dalam membuat satu keputusan dan juga dalam membuat apa jua tindakan.

Di dalam satu keterangan lain lagi, ada lagi yang menceritakan tentang perihal Ibnu Sayyad ini. Salim berkata: " Daku mendengar Abdullah bin Umar Al Khattab r.a berkata: " Rasulullah telah pergi bersama Ubai Bin Kaab ke sebuah taman pokok kurma di mana Ibnu Sayyad tinggal. Apabila Baginda memasuki taman itu, baginda menyembunyikan dirinya di belakang batang-batang pokok kurma itu kerana baginda mahu mendengar sesuatu dari Ibnu Sayyad sebelum ia dapat melihat baginda. Ibnu Sayyad sedang berbaring di atas katilnya, diselimuti oleh kain baldu di mana bebelan di dengari.

Pada masa itu, ibu Ibnu Sayyad terlihat Baginda bersembunyi di sebalik pokok-pokok kurma itu. Kemudian dia berkata kepada Ibnu Sayyad, " wahai Saf( ini adalah namanya)!" maka Ibnu Sayyad pun lantas bangun. Rasulullah bersabda, " Jika sekiranya perempuan itu membiarkan dirinya sendirian, maka ia tentu akan menunjukkan dirinya yang sebenar."

Menurut keterangan hadis-hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa dahulunya di zaman Rasulullah sudah ada manusia yang di sangkakan Dajjal. Dajjal jika di perhatikan, banyak andaian dan juga persepsi dari semua lapisan masyarakat pada hari ini. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal itu adalah sebuah tamadun, Dajjal itu merujuk kepada negara dan pelbagai lagi andaian lain yang saya dan juga saudara sendiri mungkin mendengar perkara-perkara ini. Tetapi hakikatnya, yang sebenarnya Dajjal itu adalah merujuk kepada satu insan, iaitu manusia. Maka Dajjal itu juga adalah manusia. Semuanya telah saya kongsikan dengan saudara sekalian. Harap anda tidak keliru dengan apa yang didengari dan difahami. Ketahuilah bahawa Dajjal itu hanyalah manusia, dan ini dibuktikan dalam hadis-hadis sahih di atas, di mana merujuk kepada Rasulullah pergi bersembunyi di sebalik pohon untuk mengenal lebih dekat lagi akan Ibnu Sayyad ini. Maka tidak syak lagi Dajjal itu merujuk kepada manusia, kerana Rasulullah mengandaikan bahawa Ibnu Sayyad itu adalah Dajjal.

Insyallah saya akan berkongsi lagi dengan saudara, andai saya mempunyai kelapangan lagi, saya akan bercerita lagi tentang beberapa hadis lain lagi yang akan dikupas bagi memberi gambaran kepada anda tentang Ibnu Sayyad ini.

Saya ingin berkongsi sekali lagi satu video tentang The Arrivals, yang telah saya kongsi dengan anda sebelum ini. The Arrivals kali ini saya ambil siri yang ke-4. Ini adalah sequal atau gambaran lebih jelas dari video yang sebelum ini yang telah saya letakkan di blog saya ini. Harap anda dapat memahami dan mendalami apa yang disampaikan oleh saudara kita yang membuat siri The Arrivals ini. Kupasannya cukup baik di samping gambar-gambar dan juga video terbaik bagi membolehkan proses pemahaman kita berjalan dengan lebih baik. Insyallah.


1 comments:

Chit Ana said...

salam..teruskan menulis dalam blog ya.sama2 kite saling ingati mengingati sebagai umat akhir zaman

Post a Comment