



Kejadian diakhir zaman kian terasa Renungkanlah pada diri empunya Agar jangan menyesal di hari muka Pada diri yang bergelar manusia
Imam Muslim meriwayatkan sebahagian daripada hadis Syukbah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Tiada seorang nabi pun yang tidak memberi peringatan kepada umatnya daripada si pendusta bermata satu iaitu Dajjal Al- Masih. Ia adalah bermata satu manakala Tuhanmu tidak bermata satu. Perkataan " Kafir" (Kaf,fa,ra) tertulis di antara kedua matanya". (Diriwayatkan juga di dalam Al-Bukhari (7131) dan Muslim(2933) menurut dari autoriti Syukbah,tetapi perkataanya adalah oleh Muslim. Sanad Hadis ini adalah sahih).
Itu adalah perihal Dajjal menurut hadis-hadis yang dapat menceritakan tentang perihal Dajjal. Apa yang diperolehi menunjukkan bahawa gambaran jelas tentang keadaan fizikal Dajjal bahawa Dajjal adalah bermata satu dan di dahinya tertulis perkataan " Kafir". Banyak hadis yang diterangkan perihal Dajjal ini yang membuktikan bahawa Dajjal ini merbahaya dan apa yang dibawanya adalah penipuan semata-mata, atau lebih dekat lagi iaitu fitnah semata-mata. Rasulullah bersabda: " Daku mengetahui lebih baik daripada Dajjal sendiri apa ia akan bawa. Ia akan membawa dua sungai yang mengalir iaitu salah satu akan kelihatan oleh mata sebagai sungai yang putih dan yang lain akan kelihatan mata sebagai api yang menyala. Jika salah seorang daripada kamu menemuinya, ia harus menghampiri yang akan kelihatan seperti api, tutupkan matanya kemudian membongkok dan minum airnya kerana ia adalah air sejuk.".
Ad Dajjal cacat matanya, dengan kening yang tebal di atas matanya. Ia akan mempunyai perkataan " Kafir" di dahinya yang dapat dibaca oleh semua orang Mukminin, samaada yang boleh membaca atau mereka yang juga buta huruf. Mata kirinya buta dan dengan rambut yang kerinting. Dajjal akan membawa kepada manusia apa yang dilihat syurga dan juga neraka. Neraka yang dibawanya sebenarnya adalah syurga manakala syurga yang dibawanya adalah neraka. Inilah fitnah terbesar Dajjal dalam menyesatkan manusia, takkala ketika itu, manusia hanya menunjukkan Iman yang cetek, nipis, seperti nipisnya kulit bawang.
Cerita mengenai Ibnu Sayyad pula, beliau adalah insan yang malang. Ini kerana beliau sungguh menderita di waktu dahulu kerana ramai orang mendakwa bahawa beliau adalah Dajjal. Apa yang cuba saya fahami adalah bahawa Ibnu Sayyad bukannya Dajjal yang dicari-cari di zaman Rasulullah. Ini adalah mengikut salah silahnya dan juga kriteria yang ada pada beliau. Cuma fizikalnya sahaja yang dianggap sama dengan apa yang ada pada Dajjal. Dajjal tidak mempunyai anak sedangkan Ibnu Sayyad mempunyai anak, dilahirkan di Madinah sedangkan Dajjal dilarang sama sekali dekat di Kota Madinah dan Makkah. Rasulullah juga ada menerangkan bahawa Dajjal itu adalah seorang Yahudi manakala Ibnu Sayyad merupakan orang Islam. Beliau bersumpah bahawa dirinya bukan Dajjal, tetapi beliau mampu untuk menerangkan bahawa di mana Dajjal berada dan siapakah kedua ibu bapanya.
Jelas membuktikan bahawa Ibnu Sayyad adalah bukan Nabi Palsu yang akan muncul di akhir zaman nanti. Ini telah disahkan oleh Hadis yang dilaporkan Fatimah Binti Qais Al Fihriyyah. Ia adalah bukti dalam konteks ini. Wallahu a'lam.
Ini adalah salah seorang insan yang dinyatakan dalam hadis bahawa beliau adalah hampir sama dengan Dajjal, iaitu Ibnu Sayyad. Namun beliau telah ditakdirkan bukan itu penamat hidupnya. Maka apa yang pasti, Dajjal itu tetap wujud dan sedang dipuja dan dihormati golongan-golongan yang dianggap elit di mata dunia, sedangkan mereka hanya membawa kehancuran kepada dunia ini sahaja. Itulah mereka, Yahudi dan didalangi Illuminati dan juga Freemasons. Mereka amat berbangga dengan apa yang dipuja mereka itu, dan apa sahaja jalan yang diambil dan langkah yang dibuat, semuanya adalah untuk menunggu kehadiran Dajjal Al-Masih, yang mereka anggap penyelamat mereka di akhir zaman nanti. Moga kita terselamat dari fitnah Dajjal ini.
Sekali lagi pada kali ini, saya paparkan video berkenaan perihal Dajjal ini. Harap anda dapat menonton, memahami dengan jelas apa yang ada dan intipati video ini. Insyallah kita bertemu lagi, andai ada ruang dan masa untuk saya kongsi bersama anda...Assalamualaikum.
Salam pertemuan. Saya harap anda semua yang berada di mana sahaja sihat sejahtera. Harapan saya agar anda semua sihat, bagi yang sudah berkeluarga, moga anda semua sihat di samping keluarga anda yang tersayang. Kali ini, izinkan saya untuk turut sama berkongsi sesuatu yang berguna untuk tatapan kita semua. Saya ingin berkongsi dengan anda kisah yang saya baca dan ingin kongsi bersama anda, iaitu berkenaan Ad Dajjal, Dajjal Al-Masih. Seperti yang kita ketahui, banyak sudah yang boleh kita perolehi di dalam internet ini sumber-sumber yang menceritakan berkenaan Dajjal ini. Di sini saya ingin turut sama berkongsi dengan saudara sekalian. Bagi yang sudah mengetahui siri The Arrivals, Alhamdulilah, moga anda mendapat manfaat yang berguna dan mengambil iktibar daripada siri berkenaan. Bagi yang belum menyaksikan lagi siri tersebut, eloklah kiranya anda melihatnya. The Arrivals mempunyai 52 siri(kalau tidak silap percaturan saya) yang menceritakan komplot Yahudi yang didalangi Iluminati dan juga Freemasons dalam menjahanamkan manusia yang beragama bertuhankan satu. Untuk itu, anda boleh lihat video di bawah, iaitu pengenalan The Arrivals berkenaan Dajjal Al-Masih.
Video di atas adalah pengenalan untuk anda tentang perihal Dajjal. Bagi anda yang telah menyaksikan, terima kasih kerana anda telah menontonnya. Sekurang-kurangnya kita menghargai jasa mereka yang menerbitkan video The Arrivals ini, dan yang penting sekali, anda dapat gambaran jelas mengenai konspirasi dunia sejak akhir-akhir ini.
Imam Muslim telah meriwayatkan di atas autoriti Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Hari Kiamat tidak akan berlaku hingga kaum Rom( Barat) bertapak di Al- A'maq atau Dabiq. Satu tentera yang mengandungi tentera yang terbaik yang terdapat di muka bumi pada masa itu akan datang dari Madinah(untuk menentang mereka). Apabila mereka menyusun barisan, kaum Rom akan berkata: " Janganlah berdiri di antara kami dan mereka (kaum Muslimin) yang mengambil tahanan dari kalangan kami. Mari kita memerangi mereka."
Pada waktu itu, kaum Muslimin pula akan berkata: " Tidak, demi Allah s.w.t, kami sekali-kali tidak akan ke tepi dari kamu atau dari saudara-saudara kami supaya kamu dapat untuk memerangi mereka. Mereka kemudian akan berperang dan pihak yang ketiga tentera, yang Allah s.w.t tidak akan mengampuni mereka sekalipun, akan melarikan diri. Seperti (sebahagian daripada tentera itu) yang terdiri daripada Syuhada' yang cemerlang di mata Allah, akan terbunuh. Sepertiga yang tidak akan sekali-kali dihukum akan menang dan mereka akan menjadi penakluk Istanbul.
Semasa mereka sibuk membahagikan harta ghanimah perang( di kalangan mereka) selepas menggangtungkan pedang-pedang mereka di pohon-pohon Zaitun, Syaitan akan menjerit: " Dajjal telah datang menguasai ke atas ahli keluarga kamu. Mereka akan keluar tetapi sudah tidak berguna kerana apabila mereka sampai ke Syria, ia akan keluar semasa mereka sedang bersedia untuk berperang, beratur di dalam barisan. Pastilah, waktu solat akan masuk dan kemudian, Nabi Isa a.s akan turun dan bergerak menuju kepada mereka.
Apabila tentera Allah melihat Isa a.s ia akan lenyap sebagaimana garam yang larut dalam air dan jika Nabi Isa tidak akan menghadapinya sama sekali pun, namun ianya akan tetap juga binasa sepenuhnya.
Dalam keadaan ini, maka Allah s.w.t akan membunuhnya di tangan Isa dan Isa akan menunjukkan kaum Muslimin darahnya di pedangnya." (Hadis sahih yang dilaporkan oleh Imam Muslim ( 2897) dan yang lain-lain dengan rantaian sanad di atas autoriti Abu Hurairah r.a. Imam An Nawawi berkata di dalam "Penghuraian Muslim" 18/21: A'maq Dabiq adalah sebuah tempat yang terletak di kawasan Syria berdekatan dengan Aleppo).
Ini adalah pengenalan ringkas berkenaan Ad-Dajjal. Insyallah saya akan cuba berkongsi lagi bersama anda selagi saya mampu.Insyallah.
Pemuda tersebut seorang yang apabila membuat dosa, maka dipercepatkan taubatnya, menangis memohon keampunan Allah s.w.t. Maka Allah membalasnya dengan memberi darjat yang tinggi kepada beliau. Maka marilah sama-sama kita merenung kisah ini dan dijadikan iktibar dalam hidup kita. Pemuda yang sebegini tidak dapat dicari oleh Syaitan kerana ketaatannya dan rasa rindunya kepada Allah. Maka syaitan gagal mengesan pemuda yang sebegini..Semoga kita juga memohon ampun dan moga Allah mengampuni segala apa dosa yang kita lakukan. Ini adalah kerana Allah itu maha pengampun dan lagi maha penyanyang. Renung-renungkanlah..
Kereta Kebal Moden T-90S
Jet Pejuang Moden F22
Sebenarnya, teknologi tidaklah bercanggah dengan Islam, tetapi ia mestilah tunduk di bawah etika kemanusiaan yang didukung oleh Islam itu sendiri. Sedangkan teknologi yang ditaja oleh Barat hari ini adalah berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk serta hawa nafsu yang ganas dan rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri. Nampak gayanya, begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia ini, sehinggalah sampai ke titik akhirnya, iaitu hari Kiamat.
Pada suatu waktu, Muhammad Bin Ahmad, seorang Ustaz dan juga mubaligh,bercerita kepada Muhammad Bin Qasim al-Farsi. Di dalam cerita itu dituturkan bahawa ada seorang pelajar berkeinginan menuntut ilmu agama kepada seorang ilmuwan di Iraq. Dia mempersiapkan bekal sebanyak seribu dinar. Setelah menamatkan pelajaran, dia pun pulang. Ketika beliau memohon izin kepada gurunya, terjadilah dialog: " Berapa biayamu di sini?" tanya ustaz itu. Jawab pelajar itu: " Seribu dinar."
" Baiklah, kepulanganmu akan kuhantar dengan sebuah pesan berharga yang dapat kamu jadikan bekal, yang hal ini menandingi ilmu yang kamu perolehi di meja belajar dan biaya yang telah kamu keluarkan," kata Ustaz. " Baiklah, wahai tuan guru." Kata pelajar itu. Ustaz itu bertanya lagi dari mana pelajar itu datang dan beliau menjawab datangnya adalah dari negeri Khurasan. Ustaz itu bertanya adakah di negerinya itu ada syaitan dan pelajar itu menjawab ya.
Dato Ishak Baharom, Bekas Mufti Selangor yang terkenal dengan sifatnya
yang baik, merupakan seorang mufti yang alim dan telah pulang ke rahmatullah.
Al- Fatihah...
Di akhir-akhir ini, kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan zaman yang telah dinyatakan oleh Rasulullah tadi, di mana bilangan alim-ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada ahli cerdik pandai dan para cendekiawan lain. Mereka banyak mengutamakan pada aspek pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Inilah realiti masyarakat kita hari ini..Maka, renung-renungkanlah....
Baginda menerangkan hal-hal yang berkenaan dengan makhluk dari permulaan penciptanNya hingga ke akhir zaman dan perkara-perkara yang berkaitan dengan alam barzakh dan hari Qiamat. Berkata Huzaifah Bin Al-Yaman : " Terkadang aku terlihat sesuatu yang aku lupakan, maka kembali ingatanku kepada khutbah Rasullullah maka aku mengingatinya kembali. Samalah juga salah seorang kamu yang mengenal semula sahabat yang telah lama hilang dari ingatannya apabila ia bertemu semula dengannya".